Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Yang Yin ingin mengaku bersalah bagi tuduhan pemalsuan dan kesalahan imigrasi

May 30, 2016 | 04:17 PM

BEKAS pemandu pelancong China, Yang Yin menyatakan dia ingin mengaku bersalah atas tuduhan berhubungan kesalahan imigresen dan pemalsuan resit yang dibuat kepada syarikatnya.

Bagaimanapun, peguamnya dan Timbalan Pendakwa Raya sedang dalam perundingan tentang beberapa fakta kes itu.

Kes itu ditangguhkan supaya mereka dapat menetapkan fakta-fakta tersebut.

Kes jenayah Yang telah didengarkan hari ini di hadapan Timbalan Hakim Mahkamah Negara Cik S. Jennifer Marie.

Yang, 42 tahun, telah direman sejak Oktober 2014 selepas dia tidak dibenarkan diikat jamin dan didakwa dengan 349 tuduhan.

Berita Popular

Kesalahannya yang paling serius adalah dua tuduhan jenayah memecah amanah kerana didakwa menyalahgunakan $1.1 juta dari janda kaya Cik Chung Khin Chun.

Tuduhan-tuduhan ini akan didengarkan pada Jun dan Julai.

Perbicaraan hari ini melibatkan tuduhan pemalsuan dan kesalahan berkaitan dengan imegresen.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map