Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yatiman terima Pingat Jasa Gemilang Anugerah Hari Kebangsaan 2019

Penerima Pingat Jasa Gemilang lain termasuk mantan Ketua-Pengarah Pendidikan, Ho Peng
Aug 09, 2019 | 05:30 AM



SUMBANGAN beliau dalam sektor perkhidmatan awam memang diketahui ramai.



Namun, Encik Yatiman Yusof, 73 tahun, masih terkejut apabila diberitahu beliau akan diberikan Pingat Jasa Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2019.



Selain Encik Yatiman, penerima Pingat Jasa Gemilang lain adalah Penasihat dan mantan Ketua-Pengarah Pendidikan, Cik Ho Peng.



Turut menerima anugerah adalah mantan Timbalan Presiden, Tribunal Penyaraan Ibu Bapa, dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Zainol Abeedin Hussin; dan Anggota Majlis Pengangkutan Awam, Encik Abdullah Shafie Mohamed Sidik.



Kededuanya menerima Bintang Bakti Masyarakat.



Demikian menurut senarai penerima Anugerah Hari Kebangsaan 2019 yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.



Dalam temu ramah beliau bersama The Straits Times, Encik Yatiman berkata:



"Saya rasa sumbangan saya tidak cukup untuk menerima anugerah ini."



Tahun ini, seramai 4,985 individu bakal menerima Penghormatan Hari Kebangsaan.



Mantan editor Berita Harian itu juga merupakan mantan Anggota Parlimen (AP) dan Setiausaha Parlimen Kanan selama lebih dua dekad sehingga beliau bersara pada 2006.



Selepas itu, Encik Yatiman antara lain berkhidmat sebagai Duta Singapura ke Kenya dan Rwanda Tidak Bermastautin, dan Anggota Lembaga SingHealth dan Singapore Press Holdings Foundation.



Antara pengalaman yang terpahat dalam ingatannya termasuk usaha beliau mengubah persepsi tentang status bahasa Melayu selain berjuang bagi mengekalkan kos penjagaan kesihatan yang berpatutan.



"Ada beberapa pihak di Malaysia dan Indonesia pernah menyatakan bahawa bahasa dan budaya Melayu bakal 'mati' dan ini tidak dapat dielakkan," katanya.



"Namun kami berbincang dengan mereka dan berkongsi sifat unik Singapura yang pelbagai kaum dengan dasar dwibahasa kami, dan ini membantu mereka memahami cabaran dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Singapura dan pada masa yang sama memelihara nilai yang membentuk identiti kami yang berbeza.



"Kami telah menghadiri persidangan dan bengkel serta berkongsi dengan mereka pelbagai buku yang ditulis oleh warga Singapura dalam bahasa Melayu.



"Berkat usaha kami, terutama di kalangan penulis Melayu berpendidikan Inggeris, mereka mula mengubah persepsi mereka."



Penglibatan Encik Yatiman dalam sektor penjagaan kesihatan, dan juga sebagai Anggota Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Sukarela di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan bermakna beliau lebih terdorong mengekalkan kos penjagaan kesihatan yang berpatutan untuk rakyat.



Katanya: "Apabila seseorang kehilangan fungsi ginjal, hidup seseorang itu berubah - ia merupakan kehidupan yang menyakitkan di mana mungkin ramai tidak dapat bertahan."



Namun tidak semua usahanya telah berjaya.



"Beberapa tahun lalu, saya bekerja dengan Persatuan Pengakap Singapura untuk merancang mengadakan World Jamboree di mana pengakap dari seluruh dunia akan berkumpul di Singapura," singkapnya.



"Kami telah meluangkan tiga bulan di pelbagai negara Timur Tengah dan beberapa negara Afrika untuk mengumpulkan sokongan tapi kami kalah di tangan Jepun," katanya.



Senarai penuh penerima Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini boleh didapati di laman PMO: http://www.pmo.gov.sg/national-day-awards




"Saya rasa sumbangan saya tidak cukup untuk menerima anugerah ini... Ada beberapa pihak di Malaysia dan Indonesia pernah menyatakan bahawa bahasa dan budaya Melayu bakal 'mati' dan ini tidak dapat dielakkan. Namun kami berbincang dengan mereka dan berkongsi sifat unik Singapura yang pelbagai kaum dengan dasar dwibahasa kami, dan ini membantu mereka memahami cabaran dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Singapura dan pada masa yang sama memelihara nilai yang membentuk identiti kami yang berbeza."
- Encik Yatiman Yusof, yang mengubah persepsi bahasa Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >