Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Antarabangsa Singapura dihargai perkukuh hubungan SG-Indonesia

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Antarabangsa Singapura (SIF) mendapat pengiktirafan atas kerjasama selama 30 tahun dengan Jakarta dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Singapura dengan Indonesia.



Duta Besar Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo, telah menyampaikan Anugerah Adinata kepada Pengerusi SIF, Encik Ong Keng Yong, dalam majlis yang diadakan di kedutaan Indonesia di Chatsworth Road kelmarin.



Acara itu diadakan sempena Hari Kemerdekaan Negara Indonesia ke-77, yang jatuh pada 17 Ogos.



Anugerah Adinata diberikan setiap tahun untuk meraikan individu atau institusi di Singapura yang menggalakkan persefahaman dan hubungan baik antara kededua negara.



Sejak 1992, pertubuhan tidak mengaup untung itu telah bekerjasama dengan individu-individu serta organisasi di merata Indonesia, antaranya di Bandung dan Jakarta, untuk projek penjagaan kesihatan, pendidikan, keusahawanan serta seni dan budaya.



Ini termasuk inisiatif untuk membantu dan melatih pekerja penjagaan kesihatan dan pengamal pendidikan khas di Indonesia.



Pada tahun 2010, SIF telah memulakan Program Usahawan Sosial Muda (YSE), di mana peserta dari seluruh dunia menggunakan masa yang singkat di Singapura untuk menjalin hubungan, menerima bimbingan dan membentangkan kos bagi idea perniagaan mereka.



Sekurang-kurangnya 10 perusahaan sosial dari Indonesia telah menerima sehingga $20,000 setiap satu untuk digunakan sebagai modal bagi memulakan atau meningkatkan perniagaan mereka yang tertumpu pada penyelesaian cabaran sosial.



Ini termasuk projek yang meningkatkan kemudahan kepada penjagaan kesihatan digital dan membangunkan penyelesaian pengurusan sisa mesra alam.



Encik Suryo berkata, pihak kedutaan menghormati dan menghargai individu dan organisasi yang menyumbang secara signifikan kepada kedua-dua negara.



"Anugerah itu juga berfungsi sebagai peringatan untuk terus menyumbang lebih jauh dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama bagi mengukuhkan hubungan dua hala," tambah beliau.



Encik Ong Keng Yong pula berkata, pertubuhan itu berterima kasih atas persahabatan yang mesra serta kerjasama antara Singapura dengan rakan kongsinya di Indonesia.



Encik Ong, yang juga Duta Kelana di Kementerian Ehwal Luar, berkata: "Sekatan perjalanan tidak dapat menghalang semangat gotong-royong kami kerana kedua-dua pihak berpindah kepada dalam talian semasa pandemik demi memberi sokongan yang berterusan kepada pelbagai penerima."



Gotong-royong adalah istilah yang berasal dari Indonesia dan secara kasar diterjemahkan sebagai kerjasama dalam sesebuah masyarakat.



Ini adalah kali kedua pihak Kedutaan Indonesia menyampaikan Anugerah Adinata kepada pertubuhan setempat.



Anugerah sulung tersebut diberikan kepada syarikat pelaburan Singapura, Temasek, tahun lepas dalam pelaburan jangka panjangnya di negara itu.



LAPORAN SELANJUTNYA: Kemerdekaan ke-77 Indonesia raut legasi Jokowi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >