Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan dengan dana awal $250j biayai skim bantuan anggota NTUC

May 02, 2021 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah menubuhkan satu yayasan dengan pendanaan awal bernilai $250 juta, yang akan dilabur untuk membiayai skim bantuan kewangan dan geran bagi menyokong para anggotanya.



Yayasan NTUC, akan menyediakan aliran pendapatan yang tetap untuk skim bantuan kewangan dan geran gerakan buruh, umum Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng dalam ucapannya Rapat Hari Pekerja semalam.



Encik Ng menjelaskan sejak berlakunya pandemik Covid-19, keperluan para anggota telah meningkat tetapi keupayaan penderma merosot secara semula jadi.



Justeru, yayasan baru ini akan saling melengkapi usaha ini dengan menyediakan pendapatan stabil untuk membolehkan NTUC menjaga keperluan anggota, meskipun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kata beliau.



Buat masa ini, NTUC menyediakan sokongan secara langsung kepada anggota yang lemah menerusi inisiatif U Care, dalam bentuk bantuan kewangan dan geran.



Bercakap kepada media, Encik Ng berkata:



"Setelah 60 tahun mencapai kejayaan, daripada konfrontasi kepada kerjasama, kini, melangkah ke depan, kepada usaha mencipta bersama.



"Matlamat NTUC kekal, menjaga pekerja kita, tidak kira jika anda golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) atau pekerja bebas...kami akan melakukan terbaik untuk berkhidmat kepada anda.



"Menerusi yayasan ini, kami kembali kepada akar matlamat kami untuk memastikan pekerja mempunyai kehidupan lebih baik, dengan pelbagai cabaran dan ketidaksamaan."



Menurut NTUC dalam satu kenyataan, yayasan itu akan membolehkan NTUC untuk mempelbagaikan jenis sokongan disediakan dan memberi respon kepada keperluan anggota yang berubah-ubah dalam pasang surut ekonomi.



"Usaha akan disasarkan kepada merangsang kebajikan, keadaan bekerja atau status sosial dan ekonomi anggota di samping memastikan anak-anak anggota, terutama mereka yang bergaji rendah, mempunyai permulaan hidup yang baik dan pendidikan yang baik," jelas NTUC.



Encik Ng juga berkata yayasan tersebut akan memberi harapan kepada para anggota menerusi programnya yang akan mempunyai kesan.



"Kami berharap matlamat ini akan terus menarik sukarelawan dan penyumbang yang memiliki pemikiran serupa kepada Yayasan NTUC," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >