Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan FairPrice sumbang $180,000 bagi dana NParks, sokong tanam pokok

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



CABANG kebajikan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) FairPrice, Yayasan FairPrice telah menyumbang sebanyak $180,000 kepada Dana Bandar Taman Lembaga Taman Negara (NParks) dan gerakan Sejuta Pokok dalam usaha menyokong Singapura dalam transformasinya menjadi bandar yang penuh alam semula jadi.



Sumbangan itu juga akan digunakan untuk membiayai usaha menanam 600 pokok dan program-program jangkauan untuk menggalakkan kesedaran dan pemuliharaan.



Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How telah hadir dalam acara menanam 50 pokok di Taman Bedok Reservoir semalam pagi untuk menandakan kerjasama baru ini.



"Saya ingin dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada FairPrice atas sumbangan mereka. Dengan ini, kami boleh menanam 600 pokok lagi di taman-taman kami menjelang akhir tahun depan," kata Encik Tan dalam ucapannya.



Mengulas lebih akan acara itu, Encik Tan berkata gerakan ini bukan sahaja usaha menambah bilangan pokok.



Namun, ia adalah untuk menanam semula apa yang telah hilang kepada pembangunan, dan untuk memulihkan alam semula jadi di kawasan bandar dan memanfaatkan faedah yang pokok berikan kepada kita semua, ujar beliau.



Bagi mengurangkan penggunaan beg plastik, FairPrice akan melanjutkan inisiatif 'Tiada Beg Plastik' yang diperkenalkan pada 2019, di 24 pasar raya FairPrice, Cheers dan FairPrice Xpress bagi tempoh lagi setahun dan akan dilanjutkan di semua 167 pasar raya mini Cheers dan FairPrice Xpress dari 1 Januari 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >