Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Goh Keng Swee derma $650,000 kepada 4 badan bantu diri

May 10, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Goh Keng Swee telah menderma sebanyak $650,000 kepada empat badan bantu diri setempat, sebagai tanda menyambut ulang tahun ke-11 pemergian mendiang Dr Goh.



Tiga badan bantu diri yang termasuk Yayasan Mendaki dan Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), masing-masing menerima $200,000 manakala Persatuan Eurasian pula menerima $50,000.



Cek-cek sumbangan itu telah disampaikan oleh Encik Wong Kok Hoi, Pengarah Yayasan Goh Keng Swee, dalam satu majlis khas di bangunan Mendaki semalam.



Bercakap semasa majlis itu, Encik Wong berkata: "Yayasan ini amat gembira dapat menyediakan bantuan kewangan bagi menyokong pelajar yang memerlukan daripada ketiga-tiga masyarakat di Singapura.



"Saya pasti Dr Goh akan gembira dan bangga dengan keputusan kami untuk membuat sumbangan ini, walaupun ia tidaklah sebanyak mana bila dibandingkan dengan sumbangan tinggi yang beliau lakukan untuk Singapura."



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, melahirkan penghargaan terhadap sumbangan murah hati itu.



"Mendiang Dr Goh telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pendidikan Singapura.



"Hadiah murah hati ini akan tentunya menyokong usaha kami untuk membantu lebih ramai pelajar yang wajar menerimanya dalam pembelajaan dan pembangunan mereka.



"Kami berterima kasih kepada yayasan ini kerana menyokong Mendaki dan badan bantu diri dalam kami memperjuangkan matlamat kami," kata beliau.



Sementara itu, Cik Goh, yang membantu menubuhkan yayasan itu, berkata salah satu objektifnya ialah untuk meneruskan aspirasi Dr Goh untuk memperbaiki kehidupan golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.



Sepanjang kerjayanya dalam politik, beliau berpegang teguh bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan mutu kehidupan bagi golongan tersebut.



"Dengan memegang teguh pada prinsip beliau, dan di tengah-tengah kesusahan kewangan ekoran pandemik sekarang, rasa tiada cara yang lebih baik untuk menyambut ulang tahun kematiannya yang ke-11 menerusi sumbangan kecil ini," ujar beliau dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >