Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Jantung buat laporan ada orang menyamar bagi pungut dana

Feb 21, 2017 | 02:52 PM



YAYASAN Jantung Singapaura (SHF) telah memberi amaran supaya jangan menghulurkan derma kepada orang yang menyamar sebagai sukarelawan yayasan itu di Bugis Junction.



"Sukarelawan' itu mendakwa mewakili yayasan itu bagi membantu mengumpul dana untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan bekas banduan dan mempunyai pelekat hari bendera SHF.



Yayasan itu menerima laporan tentang rayuan sumbangan itu di Bugis Junction pada hari Ahad (19 Feb).



Ia telah membuat laporan polis.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (21 Feb), SHF menyatakan wakilnya dikehendaki membawa lencana pengenalan diri (ID) - yang memaparkan nama setiap pengutip derma - dan salinan Sijil Penguasa Pengumpul Dana (CCA) yang dikeluarkan oleh Majlis Perkhidmatan sosial Kebangsaan (NCSS).



"Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa SHF tidak membiarkan kegiatan itu, dan semua sumbangan kepada yayasan itu hanya boleh dilakukan melalui Program Debit Langsung Penderma(DDDP)," katanya.



Kaedah itu membolehkan orang ramai yang berminat menyokong kerja SHF, termasuk menyediakan subsidi program pemulihan jantung, untuk membuat sumbangan pada satu masa, setiap bulan atau tahunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >