Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek akan beri pelitup, semburan mulut selepas Hari Kebangsaan

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Temasek akan memberi pelitup muka pakai buang dan semburan mulut selepas Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, kata ketua eksekutif Temasek Holdings, Cik Ho Ching, semalam.



"Inisiatif Stay Prepared seterusnya adalah untuk pelitup pembedahan gred perubatan pakai buang dan pelitup N95 pakai buang. Nantikan berita selepas Hari Kebangsaan, " kata Cik Ho dalam satu kiriman Facebook.



Ini akan diikuti dengan satu lagi pengagihan ubat kumur-kumur yang boleh digunakan sebagai penyembur mulut pada September atau Oktober, tambahnya.



Stay Prepared adalah inisiatif oleh yayasan itu untuk membantu mempersiap masyarakat menghadapi keadaan darurat seperti Covid-19.



Sebelum ini ia mengedarkan pelitup yang boleh digunakan semula secara percuma melalui mesin layan diri.



Ia juga sedang mengedarkan oksimeter percuma yang boleh mengukur kadar oksigen darah, dari 5 Julai hingga 5 Ogos menerusi rangkaian pasar raya dan farmasi utama.



Sekitar 300 cawangan FairPrice, Sheng Siong, Giant, Cold Storage, Watsons, Guardian dan Unity kini menjadi tempat pengambilan oksimeter itu.



Yayasan tersebut telah menyatakan ia tidak mempunyai rancangan untuk menjual oksimeter itu.



Cik Ho dalam kirimannya juga berkata perbincangan sedang dijalankan untuk menyediakan tempat pengambilan baru di cawangan Prime Supermarket.



Risalah telah dihantar ke setiap isi rumah di Singapura antara 28 Jun dengan 3 Julai untuk mengambil oksimeter itu.



Setiap risalah mempunyai borang pengambilan yang diperlukan untuk mengambil oksimeter tersebut.



Namun, beberapa orang berkata mereka membuang risalah itu dengan borangnya kerana menyangka ia risalah iklan.



Mereka yang tidak menerima risalah itu boleh menghubungi 1800-7382-000 dan meninggalkan nama, nombor telefon dan alamat mereka.



Ini supaya Yayasan Temasek dapat meminta Singapore Post melakukan pemeriksaan lebih lanjut, kata Cik Ho dalam kirimannya.



Yayasan itu sebelum ini berkata risalah baru tidak akan diberikan kepada mereka yang membuang risalah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >