Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek bakal agih pelitup bedah, N95 percuma

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



SATU lagi pengagihan pelitup yang dijalankan oleh Yayasan Temasek boleh dijangkakan orang ramai bulan ini.



Jenis pelitup yang akan diagihkan termasuk pelitup pembedahan serta N95.



Dengan virus varian Delta yang dua kali ganda lebih mudah menular seperti varian koronavirus yang menyebabkan Covid-19 tahun lalu, penduduk Singapura perlu memakai pelitup yang lebih berkesan untuk menurunkan angka jangkitan, kata ketua eksekutif Yayasan Temasek, Cik Ho Ching, di Facebook semalam.



Memerhatikan bahawa setiap kes mempunyai kadar jangkitan antara lima dan enam orang, beliau berkata 80 peratus penduduk perlu memakai "pelitup yang berkesan sebanyak 80 peratus atau lebih baik" untuk mengekang penyebaran.



Untuk memudahkan pengagihan ini, Yayasan Temasek sedang bekerjasama dengan pusat beli-belah Capitaland dan pasar raya lebih besar untuk mengedarkan pelitup, di mana orang ramai boleh mendapatkan pelitup tersebut dengan memberi bil utiliti SP Group mereka, katanya.



Di bawah usaha ini setiap isi rumah akan menerima 50 pelitup pembedahan gred perubatan dan 25 pelitup pernafasan N95.



Pengagihan ini, yang dijadualkan bermula selepas Hari Kebangsaan, telah ditangguhkan kepada akhir bulan ini untuk memberi lebih masa kepada organisasi yang mengambil bahagian menguji sistem ini, tambah Cik Ho.



Yayasan Temasek menambah tiada pengagihan pelitup dijalankan semalam, setelah foto sepanduk mengiklankan pengagihan pelitup disebarkan dalam talian.



Cik Ho berkata:



"Oleh kerana kotak pelitup jauh lebih besar daripada oksimeter kecil, farmasi tidak mempunyai cukup ruang untuk menampung pengumpulan besar-besaran. Oleh itu, farmasi bukan sebahagian latihan pengambilan yang akan datang ini untuk (dua atau tiga) kotak pelitup."



Farmasi-farmasi ini terlibat dalam pengagihan oksimeter antara 5 Julai hingga lima Ogos.



Mengulas penggunaan pelitup pembedahan gred perubatan, Cik Ho berkata ia mempunyai kecekapan penapisan 95 peratus atau lebih baik.



Beliau menambah pelitup N95 kini dipakai untuk pekerjaan berisiko tinggi seperti menjaga pesakit Covid-19 atau mereka yang melakukan ujian swab.



Sebagai perbandingan, pelitup guna semula yang mempunyai dua lapisan serta pelitup pakai buang dapat memberikan perlindungan sekitar 80 peratus sahaja.



Katanya: "Dengan pelitup pembedahan gred perubatan dan pelitup N95 dengan keberkesanan 95 peratus atau lebih baik, kami mempunyai pilihan tambahan perlindungan yang lebih baik."



Cik Ho berkata pelitup pembedahan gred perubatan sepatutnya digunakan mereka yang mempunyai gejala selsema, merancang untuk melawat di hospital atau di rumah penjagaan.



Pelitup N95 pula sepatutnya digunakan jika seseorang telah diuji positif pada kit ujian pantas antigen.



Wakil-wakil isi rumah digalak mengurangkan sampah plastik dengan membawa beg sendiri untuk mengumpul kotak pelitup ketika pengagihan bermula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >