Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek edar lagi pelitup guna semula percuma

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Temasek akan menawarkan setiap penduduk di Singapura pelitup guna semula menerusi usaha pengedaran keenamnya demi membantu melindungi penduduk daripada Covid-19.



Dalam satu kenyataan, yayasan itu berkata pelitup MaskPure AIR+ boleh diambil dari 10 pagi Isnin depan hingga 11.59 malam pada 23 Januari di mesin layan diri #StayMasked.



Hampir 1,000 mesin tersebut boleh ditemui di pusat dan kelab masyarakat, pusat jawatankuasa penduduk, pusat tukaran bas terpilih, pusat rekreasi pekerja asing terpilih, Plaza Singapura dan Temasek Shophouse berhampiran stesen MRT Dhoby Ghaut.



Orang ramai boleh merujuk laman web ini untuk lokasi mesin dan ketersediaan stok.



Penduduk mesti membawa bersama kad pengenalan mereka untuk pengimbasan kod bar, atau memasukkan nombor pengenalan mereka secara manual di mana-mana mesin.



Yayasan itu berkata pelitup antimikrob mempunyai lapisan tengah penapisan N95 dengan kecekapan penapisan zarah lebih 95 peratus, yang boleh dikekalkan sehingga 30 minggu apabila dibilas setiap minggu.



Pelitup, direka oleh ST Engineering, membolehkan pengguna lebih mudah bernafas daripada penapis N95 standard dan kekal mudah bernafas walaupun selepas dibilas berulang kali.



Dalam pada itu, setiap penduduk boleh memesan sehingga lima pelitup tambahan bagi setiap jenis pelitup dalam talian dari 10 pagi pada 10 Januari hingga 11.59 malam pada 22 Januari di sini pada harga $13 setiap satu, tertakluk pada bekalan.



Dua saiz - sederhana dan besar - adalah untuk semua orang dewasa dan beberapa remaja yang lebih tua.



Yayasan Temasek menyatakan bahawa saiz adalah berbeza daripada pelitup percuma sebelum ini, dan menggesa penduduk supaya memeriksa saiz pelitup mereka di laman Stayprepared.sg sebelum menuju ke mesin untuk mengambil pelitup percuma atau memesan pelitup tambahan.



Pelitup guna semula dari Livinguard sebelum ini diedarkan pada Mac lalu.



"Penduduk diingatkan bahawa mereka mesti mempunyai keizinan mengambil pelitup bagi pihak individu lain," kata yayasan itu sambil menambah bahawa adalah ia satu jenayah menyalahgunakan nombor kad pengenalan individu lain.



Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan pengedaran akan datang, ia berkata orang ramai boleh mengikuti yayasan itu di Facebook atau melayari laman web Stayprepared.sg.



Pertanyaan boleh dibuat melalui talian 'hotline' di 1800-738-2000 dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari antara 6 Januari dengan 23 Januari, kecuali cuti umum.



Pertanyaan atau maklum balas boleh dihantar melalui e-mel ke staymasked@temasekfoundation.org.sg, ditujukan kepada bot maya di Telegram (@TemasekFoundationBot) atau melalui WhatsApp, diaktifkan dengan menghantar "hello" ke nombor 8484 -6309.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >