Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek edar pelitup pakai semula, sanitiser tangan kepada penduduk S'pura pada Mac dan April

Feb 23, 2021 | 05:32 PM



SETIAP isi rumah di Singapura berpeluang mendapatkan pelitup pakai semula mulai Mac ini serta sanitiser tangan bebas alkohol mulai April dalam satu projek edaran serata pulau oleh Yayasan Temasek.



Mesin layan diri bagi pelitup di serata Singapura sudah pun ditambah bekalannya dengan pelitup baru berwarna biru laut keluaran syarikat pembekal produk kebersihan dari Switzerland, Livinguard, boleh diperolehi oleh warga Singapura mulai 1 Mac ini, jelas Ketua Eksekutif Temasek, Cik Ho Ching di lampiran pos Facebook pada Jumaat (19 Februari).



Sesi edaran pelitup ini berlangsung selama dua minggu.



Pelitup baru dengan dua lapisan ini diperbuat daripada lapisan luar antimikrobial yang kalis air dan bahagian dalam yang mempunyai fungsi rawatan antibakteria yang membunuh bakteria daripada air ludah seseorang, kata Cik Ho Ching lagi.



Ia tidak perlu dicuci selepas kegunaan setiap hari sebaliknya boleh dicuci sekali hingga dua kali seminggu, tambah beliau.



Dengan basuhan sehingga 30 kali, pelitup ini boleh digunakan setiap hari dalam tempoh sekitar enam hingga tujuh bulan.



Selepas 30 kali dibasuh, pelitup ini boleh dijadikan gantian pelitup luaran lantas memberi pelindungan tambahan bagi sesiapa yang ingin menggunakan satu lagi pelitup di atas pelitup bedah atau pakai semula mereka.



Menurut Cik Ho, langkah ini memberi pelindungan lebih baik seandainya wujud penularan varian jangkitan yang lebih mudah menjangkiti dari United Kingdom, Afrika Selatan atau Brazil.



Beliau turut menasihati orang ramai agar memeriksa semula saiz pelitup mereka sebelum mendapatkannya kerana tiada pertukaran pelitup atau wang pulangan diberi kerana sebab kebersihan yang perlu dijaga rapi.



Mesin layan diri dengan muatan pelitup di balai rakyat ini juga telah dipindahkan ke blok HDB berhampiran kerana balai rakyat digunakan bagi proses vaksinasi kebangsaan, tambah Cik Ho Ching.



Secara berasingan, Yayasan Temasek juga akan mengedarkan sanitiser tangan 500ml yang dihasilkan syarikat setempat Klenco kepada setiap isi rumah mulai pertengahan April ini sebagai sebahagian projek agihan serata negara yang kedua.



Penduduk harus membawa botol pakai semula mereka seperti botol plastik atau botol syampu. Mesin layan diri yang mengeluarkan cecair sanitiser disediakan. Mereka juga perlu membawa bil elektrik Singapore Power (SP) dari Mac hingga April.



Bil kiriman pos dan bil elektronik ini mengandungi kod QR khas dan nombor bil yang akan digunakan sebagai pengesahan apabila anda mendapatkan sanitiser ini.



Setelah disahkan, pelekat botol #BYOB akan diberikan sebelum penduduk mendapatkan bekalan sanitiser daripada mesin yang tersedia.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >