Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek tawar ubat kumur percuma kepada setiap isi rumah

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



SETIAP isi rumah kini boleh mendaftarkan minat mereka untuk mendapatkan sebotol ubat kumur StayWell mulai 15 November, kata Yayasan Temasek semalam.



Ubat kumur povidone-yodium, yang membunuh kuman yang menyebabkan sakit tekak, akan diedarkan di bawah inisiatif Stay Prepared yayasan itu, yang bertujuan untuk mengurangkan penyebaran penyakit.



Menurut laporan The Straits Times, isi rumah yang berminat untuk mendapatkannya boleh mendaftar di https://bit.ly/3E5E7qB untuk mengumpul sebotol ubat kumur 250ml dan cawan pengukur 25ml.



Tempoh pendaftaran akan berlangsung pada 15 November hingga 10 Disember.



Isi rumah yang telah mendaftar juga boleh mendapatkan ubat kumur itu di tempat pengambilan pilihan mereka dari 22 November hingga 12 Disember, tertakluk pada stok yang ada.



Sekiranya permintaan melebihi jangkaan, pengedaran kedua mungkin akan diadakan selepas tempoh Tahun Baru Cina Februari tahun depan, kata Yayasan Temasek.



Selain itu, mulai 25 Oktober hingga 19 November, sebotol ubat kumur yang lebih kecil akan diagihkan ke peti surat semua flat satu hingga empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Tiada tindakan yang diperlukan dari isi rumah yang layak untuk menerima sebotol ubat kumur 125ml itu.



Penduduk boleh berkumur dua hingga empat kali sehari jika mereka mengalami sakit tekak, atau untuk kebersihan mulut secara umum.



Inisiatif terbaru oleh Yayasan Temasek itu menyusuli pengagihan pelitup, sanitiser tangan dan oksimeter sepanjang 18 bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >