Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Warisan Melayu terus lakar program baru di sebalik pandemik

Pertama kali jadi benefisiari Dana Minggu Memberi, harap dapat jangkau lebih ramai penderma
Dec 13, 2020 | 05:30 AM



INDUSTRI seni dan budaya, di Singapura, khususnya syarikat dan pertubuhan kecil, tidak terkecuali daripada terjejas oleh Covid-19.



Dengan lebih ramai berusaha menjimatkan perbelanjaan, Pengurus Besar Yayasan Warisan Melayu (MHF), Cik Julina Khusaini, berkongsi kebelakangan ini agak sukar mengumpulkan dana semasa tempoh mencabar ini.



Sebagai salah satu daripada benefisiari Dana Minggu Memberi SG Cares yang telah ditubuhkan untuk membantu badan amal yang kecil, Cik Julina berharap sumbangan tersebut dapat membantu mereka terus menjalankan program dan kegiatan yang ada di samping menawarkan yang baru dalam masa akan datang.



Antara program dan kegiatan yang sedia ada termasuk pameran, penerbitan buku mengenai budaya dan warisan masyarakat Melayu, siri ceramah, siri bengkel dan program menjangkau masyarakat.



"Walaupun kami merupakan pertubuhan bukan mencari untung (NPO) yang kecil, kami mempunyai misi besar untuk melindungi dan mempromosikan warisan kita di Singapura.



"Kerja yang kami lakukan ini mempunyai implikasi dan matlamat jangka panjang.



"Ia bukan sesuatu yang kami dapat melihat secara langsung tetapi ini adalah usaha yang kami sedang lakukan untuk meningkatkan keupayaan untuk memupuk hubungan bersama masyarakat supaya terdapat generasi akan datang yang akan teruskan kerja kami," katanya.



Walaupun buat pertama kali MHF menjadi benefisiari Minggu Memberi yang berlangsung dari 1 hingga 7 Disember, Cik Julina berkata mereka sebelum ini menggunakan wadah Giving SG.



Memerhatikan trend lebih ramai memberi dalam talian serta menderma kepada MHF melalui wadah Giving SG dalam beberapa tahun, beliau menambah bahawa ini merupakan peluang untuk menjangkau dan mendekati lebih ramai orang.



"Selalunya, tidak ramai yang memilih untuk menyumbang kepada sektor seni dan budaya. Hanya terdapat kumpulan kecil saja yang tampil. Antaranya ialah yayasan dan individu yang mempunyai semangat terhadap sektor ini.



"Dengan menyertai Minggu Memberi ini, ia memberi kami peluang menjangkau khalayak yang lebih besar dan mengongsi bersama mereka usaha yang kami lakukan," jelas Cik Julina.



Berkongsi dengan lebih lanjut, dengan pengumpulan dana sehingga akhir bulan ini daripada Minggu Memberi, MHF akan menawarkan beberapa projek baru untuk terus mendekati masyarakat serta mengiktirafkan pekerja dan pengamal budaya.



"Kami berharap dapat memperkenalkan anugerah baru bagi mengiktirafkan pekerja dan pengamal budaya kami yang telah berusaha mendokumentasikan sejarah kita supaya generasi akan datang dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenainya.



"Selain itu, kami juga merancang melakukan projek untuk memahami landskap dengan lebih mendalam supaya dapat menawarkan program lebih baik untuk memenuhi jurang yang terdapat dalam masyarakat," katanya.



Untuk menderma kepada MHF, lungsuri laman https://www.giving.sg/the-malay-heritage-foundation-ltd.



Untuk maklumat lanjut mengenai projek yang dilancarkan oleh MHF, lungsuri laman www.warisansg.com/.




"Selalunya, tidak ramai yang memilih untuk menyumbang kepada sektor seni dan budaya. Hanya terdapat kumpulan kecil saja yang tampil. Antaranya ialah yayasan dan individu yang mempunyai semangat terhadap sektor ini. Dengan menyertai Minggu Memberi ini, ia memberi kami peluang menjangkau khalayak yang lebih besar dan mengongsi bersama mereka usaha yang kami lakukan."
- Pengurus Besar Yayasan Warisan Melayu (MHF), Cik Julina Khusaini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >