Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: 98% kes tiada gejala atau tanda ringan walau kes melonjak

MOH sedia 100 mesin untuk warga dapatkan kit Ujian Pantas Antigen di 56 lokasi serata negara; pemulihan di rumah bagi yang berusia dari 12 hingga 69 tahun
MTF
Sep 18, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR keseluruhan atau 98 peratus kes yang ada sekarang tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya tanda-tanda ringan biarpun Singapura dijangka berdepan lebih 1,000 kes jangkitan Covid-19 sehari tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.



"Ini bukan sesuatu yang tidak dijangkakan. Setiap negara yang telah memutuskan untuk hidup dengan virus ini, akan sama ada sekarang atau kemudian nanti, mengalami gelombang penularan besar, sepertimana yang sedang dialami Singapura kini," katanya di sidang media semalam.



Malah sehingga kelmarin, hanya 77 kes memerlukan bantuan oksigen sementara 12 dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Ini adalah sekitar 1.6 peratus dan 0.1 peratus daripada keseluruhan bilangan jangkitan sepanjang 28 hari lalu.



Bagi menangani penularan kes, MOH semalam mengumumkan langkah menyediakan 100 mesin swalayan yang beroperasi 24 jam mulai hari ini di 56 lokasi serata negara untuk orang ramai mendapatkan kit ujian pantas antigen (ART) termasuk Woodlands, Tampines, Punggol dan Jurong.



Semalam, merupakan hari ke-26 gelombang Covid-19 sekarang, yang dijangka akan mencapai puncaknya dalam masa empat hingga lapan minggu, tambah Encik Ong.



Terdapat 910 kes dilaporkan malam kelmarin. Sekitar 803 dikesan dalam masyarakat dengan 103 dalam kalangan asrama pekerja asing dan empat kes import.



Secara purata bilangan kes telah melonjak dari 146 kes setiap hari dua minggu lalu, kepada 682 kes setiap hari sepanjang minggu lalu.



Menjelaskan lebih lanjut tentang lonjakan kes jangkitan, Encik Ong menyenaraikan tiga ketidaktentuan dalam minggu-minggu mendatang.



Pertama, mengetahui berapa lama kes seharian akan terus meningkat sebelum ia merosot;



Kedua, sama ada Singapura akan mengalami kekurangan katil unit jagaan rapi (ICU); dan,



Ketiga, sama ada hospital secara menyeluruh akan terlalu tertekan dan kekurangan katil.



Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa akan meluaskan program pemulihan di rumah untuk menjadikannya aturan utama bagi pesakit Covid-19 berusia 12 hingga 69 tahun bermula hari ini - berbanding mereka berusia hingga 50 tahun yang layak sebelum ini.



Mulai hari ini, warga yang menerima Amaran Risiko Kesihatan (HRW), Kewaspadaan Risiko Kesihatan (HRA) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), akan diberi arahan oleh MOH mengenai proses ujian yang perlu mereka patuhi.



Mereka boleh mengimbas kad pengenalan NRIC atau FIN untuk mengambil tiga kit ART di mesin swalayan dan menggunakannya untuk menguji diri sendiri bagi memenuhi peraturan amaran risiko kesihatan.



Menurut Encik Ong, pendekatan ini adalah supaya tujuh dalam 10 pesakit Covid-19 dapat pulih di rumah mulai minggu depan, berbanding hanya sepertiga sekarang.



Mengulas mengenai langkah terbaharu ini, pengarah khidmat perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak berkata, cara pengasingan sendiri ini akan memperkasa warga untuk bertanggungjawab atas kesihatan sendiri.



"Saya menggalakkan anda untuk mengurangkan aktiviti sosial dan bekerja dari rumah seberapa yang mungkin.



"Jika anda diuji positif, pengasingan sendiri merupakan langkah paling penting yang boleh anda lakukan untuk melindungi orang yang anda sayangi," katanya sambil terus menggesa warga yang belum divaksinasi agar melakukan demikian.




PERUBAHAN TERKINI 



  • 100 mesin swalayan untuk dapatkan kit ujian pantas antigen (ART) di 56 lokasi serata negara termasuk Woodlands, Tampines, Punggol dan Jurong

  • Program pemulihan di rumah diluaskan bagi pesakit Covid-19 berusia 12 hingga 69 tahun mulai hari ini. Sebelum ini, hanya yang berusia hingga 50 tahun layak

  • Jika anda disahkan positif Covid-19, rujuk laman web Home Recovery di go.gov.sg/home-recovery.

  • Pengunjung dari lebih banyak negara termasuk Arab Saudi boleh masuk Singapura dengan kurang sekatan kerana dianggap mempunyai risiko jangkitan lebih rendah

  • Pengunjung ini masih perlu dikuarantin selama tujuh hari di rumah atau tempat penginapan setibanya di Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >