Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Badan bantu diri main peranan kritikal dan sukar diganti

Empat badan berganding bahu tubuh pusat bantu diri di Yishun
Aug 06, 2018 | 05:30 AM



KUMPULAN bantu diri (SHG) di Singapura memainkan peranan kritikal dan sukar diganti dalam menyokong usaha pemerintah membantu pelajar daripada keluarga memerlukan untuk berjaya.



Ini dinyatakan Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, yang turut menggesa badan-badan tersebut bekerjasama lebih rapat dengan kementeriannya untuk memberi sokongan akademik dan sosial kepada pelajar.



Ini penting lebih-lebih lagi bagi membantu mereka yang hampir tercicir daripada sekolah, katanya di pelancaran pusat baru di Yishun, sebuah inisiatif gabungan empat SHG setempat.



"Keempat-empat kumpulan bantu diri kita - Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Serani (EA), Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Yayasan Mendaki - memainkan peranan penting dalam landskap pembangunan masyarakat dan bantuan sosial kita," ujar Encik Ong.



SHG telah berjaya memenuhi tanggungjawab mereka, meskipun mereka hanya mempunyai belanjawan keseluruhan sekitar $80 juta pada 2017 - kurang daripada belanjawan banyak kementerian pemerintah.



Menarik perhatian tentang perbahasan tentang ketidaksamaan di Singapura, Encik Ong berkata SHG di Singapura telah menekankan peri penting pendidikan dalam mobiliti sosial.



"Pendidikan kian menjadi penyamarata penting untuk memastikan mereka yang bersedia bekerja keras diberikan peluang untuk berjaya," ujar beliau yang juga pengerusi CDAC.



Encik Ong berkata demikian di pelancaran pusat Vibrance @ Yishun, sebuah inisiatif bersama oleh keempat-empat SHG.



Pusat di Blok 145 Yishun Street 11 itu menawarkan program bagi pelajar dan ibu bapa daripada pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi.



Ini termasuk program pengayaan dari tadika hingga peringkat 'O', termasuk kerjasama dengan Google untuk menawarkan program pengekodan bagi pelajar.



Turut hadir di acara itu ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Pengerusi Yayasan Mendaki, serta para pemimpin SHG lain.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang, berkata kerjasama antara SHG bukan suatu yang asing lagi.



"Gabungan tenaga ini menggunakan kekuatan dan kemahiran dalam setiap badan bantu diri untuk memberi khidmat bersepadu kepada masyarakat kita tidak kira bangsa.



"Jadi kami tidak menduplikasi perkhidmatan kami, tetapi sebaliknya menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat," ujar Cik Rahayu semasa ditemui media.



Pemangku CEO Sinda, Encik R. Anbarasu, pula berkata inisiatif itu menandakan keempat-empat SHG itu sama-sama menyumbang ke arah pembangunan masyarakat di Singapura.



"Kami ingin semua kanak-kanak tidak kira kaum, agama dan bangsa untuk bersama demi manfaat Singapura," ujarnya.



Selain program pendidikan bagi kanak-kanak, pusat itu akan menyediakan wadah bagi penyepaduan kaum dan penghayatan budaya.



Sebelum ini, empat SHG itu telah bergabung tenaga dalam beberapa inisiatif sepanjang 15 tahun lalu.



Pada 2002, mereka memulakan Program Tuisyen Kerjasama (CTP) yang menawarkan tuisyen dimampui kepada kanak-kanak keluarga bergaji rendah.



Terdapat 100 pusat sedemikian di serata Singapura sekarang ini.



Pada 2015, empat SHG bergabung tenaga untuk menubuhkan Big Heart Student Care yang menawarkan perkhidmatan penjagaan pelajar di sekolah rendah.



Kini, ia mengendali 21 pusat penjagaan pelajar di serata Singapura.



Laporan lanjut: Lebih 2,750 warga raih manfaat di Vibrance @ Yishun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >