Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Dasar tahan salinan asal keputusan PSLE jika yuran sekolah belum dibayar perlu disemak

Dec 19, 2019 | 12:12 PM



AMALAN menahan salinan asal keputusan PSLE apabila yuran sekolah belum dibayar “perlu disemak”, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung semalam.



Beliau merancang mengemukakan hal itu di Parlimen tahun depan.



Encik Ong menyentuh tentang perkara itu dalam e-mel yang dihantar kepada artis Terence Tan, yang sebelum ini telah memulakan petisyen menggesa amalan tersebut dihentikan.



Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan amalan itu telah lama dilakukan. 



Encik Ong memberitahu Encik Tan bahawa beliau tidak bersetuju dengan semua isu yang disentuh dalam petisyen tersebut.



“Namun, saya tidak boleh menafikan bahawa terdapat kes seperti itu yang berlaku, dan kita perlu bertanya sama ada amalan ini berkesan dalam menggesa ibu bapa untuk memainkan peranan mereka dan membayar yuran. Untuk itu, amalan ini perlu disemak,” katanya dalam e-mel tersebut yang telah dikongsi Encik Tan di laman Facebooknya.



Petisyen tersebut telah mendapat sekitar 3,100 tandatangan.



Ia tercetus oleh satu pos di Facebook oleh aktivis politik Gilbert Goh yang berkongsi pada 25 November mengenai salinan awal keputusan PSLE seorang pelajar yang telah ditahan disebabkan ibu bapanya belum membayar yuran sekolah berjumlah $156. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >