Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Ye Kung hadiri Mesyuarat Menteri Kesihatan di Rome

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ye Kung hadiri Mesyuarat Menteri Kesihatan di Rome

Sep 05, 2021 | 05:30 AM

MENTERI Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, akan menghadiri Mesyuarat dua hari Menteri-Menteri Kesihatan Kumpulan 20 Negara (G20 HMM) di Rome, Italy, mulai esok.

G20 HMM adalah mesyuarat tahunan melibatkan 19 negara dan Kesatuan Eropah (EU), selain negara-negara yang diundang, dan beberapa pertubuhan antarabangsa dan serantau.

Singapura menghadiri G20 HMM ini sebagai tamu undangan Italy, yang merupakan pengerusi G20 sekarang.

G20 HMM akan membincangkan isu-isu kesihatan, termasuk usaha menangani kesan pandemik Covid-19 ke atas Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 1, meningkatkan kesediaan terhadap kecemasan kesihatan masa depan, dan mentakrifkan strategi sejagat bagi meningkatkan pembangunan dan akses seimbang untuk vaksin, terapeutik dan diagnostik.

Encik Ong akan menemui rakan sejawatannya di mesyuarat tersebut.

Beliau diiringi pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3