Ye Kung jelaskan sistem markah baru PSLE
Jul 29, 2019 | 05:30 AM
BILANGAN pelajar yang boleh mengikuti aliran Ekspres, memilih subjek Bahasa Ibunda Lanjutan (HMT) atau Program Bersepadu (IP) selepas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tidak akan banyak berubah di bawah sistem pemarkahan baru, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung semalam.
Sistem pemarkahan baru itu juga lebih jelas berbanding sistem sekarang menggunakan 'skor-T'.