PELANCARAN aturan gelembung perjalanan udara (ATB) antara Singapura dengan Hong Kong - dipercayai yang pertama di rantau ini mahupun dunia - jika berjaya, boleh menjadi rujukan kepada negara lain yang ingin mengikuti jejak langkah kededua negara, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.
Mulai 22 November, pelawat dari Singapura dan Hong Kong boleh berkunjung ke bandar satu sama lain, untuk tujuan riadah di bawah ATB pertama bagi negara ini sejak sekatan sempadan dikenakan ekoran pandemik Covid-19.