Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Kit ART baru lebih rendah dari $10

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



KIT ujian rapid antigen (ART) Covid-19 baru yang lebih dimampui- dijangka berharga lebih rendah dari $10- akan ditawarkan tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.



Mengumumkan perkara tersebut dalam ucapannya semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam, Encik Ong menambah pengagihan kit ART percuma ke semua isi rumah di Singapura berjalan lancar.



Meskipun demikian, Encik Ong akui ramai yang masih perlu membeli kit ujian dan terdapat permintaan bagi kit ujian yang lebih murah di pasaran.



"(Kementerian Kesihatan (MOH)) sedar akan perkara ini dan telah bekerjasama dengan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk memperkenalkan kit ujian ART yang bermutu dan dimampui di Singapura," katanya.



Salah satu kit ujian yang baru diluluskan adalah Flowflex.



Ia telah diluluskan minggu lalu di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) bagi kegunaan ujian kendiri, kata Encik Ong.



Dihasilkan firma Amerika Syarikat Acon Laboratories, Flowflex sudah pun dijual di Amerika Syarikat dan United Kingdom.



Dua kit ART lain yang telah menepati piawai mutu turut diluluskan untuk didaftar di bawah PSAR.



Menurut Encik Ong, beliau berharap kit tersebut berharga lebih rendah daripada $5 setiap satu namun akui harga yang ditetapkan bergantung kepada keputusan komersial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >