Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Lebih ramai pelajar Melayu raih pendidikan prasekolah, posmenengah

Nov 19, 2018 | 05:30 AM



PELAJAR Melayu kian menunjukkan prestasi pendidikan yang baik di pelbagai peringkat, dengan lebih ramai yang meraih pendidikan prasekolah dan posmenengah, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.



Tahun ini, lebih 20 peratus daripada 2,800 kanak-kanak yang memasuki Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) merupakan kanak-kanak Melayu.



"Secara keseluruhannya, lebih ramai kanak-kanak Melayu kini menghadiri prasekolah, dan kemasukan kohort adalah sama dengan penduduk umum di Singapura dengan lebih 90 peratus memasuki prasekolah menjelang usia lima hingga enam tahun," ujar Encik Ong.



Pada masa yang sama, lebih ramai pelajar Melayu dalam setiap kohort yang melanjutkan pendidikan posmenengah dengan mengambil kursus ijazah atau diploma sepenuh masa yang dibiayai awam.



"Bagi tahun kemasukan 2008, peratusan (pelajar Melayu) ialah 39.3 peratus. Pada 2017, ia adalah 52.5 peratus.



"Ini adalah kenaikan 13 peratusan mata, berbanding 9 peratusan mata bagi purata nasional," ujar Encik Ong.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian dermasiswa tahunan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) di Pusat Konvensyen Politeknik Singapura semalam.



Encik Ong berkata masyarakat Melayu menekankan pendidikan dan latihan, dengan pemimpin masyarakat bekerjasama dengan pemerintah untuk meningkatkan prestasi pendidikan anak Melayu setelah melihat trend yang membimbangkan lebih tiga dekad lalu.



"Hari ini, dengan kerjasama masyarakat, pemerintah, sekolah dan guru, keluarga, pelajar serta pertubuhan seperti Mendaki dan LBKM, pelajar Melayu meraih prestasi pendidikan lebih baik di pelbagai peringkat," ujar Encik Ong.



Lebih ramai Melayu juga yang memasuki universiti yang dibiayai awam, sedang pemerintah meluaskan tempat di universiti, khususnya bagi subjek gunaan.



"Ini bermakna lebih banyak peluang bagi anak muda kita untuk membangun potensi mereka sepenuhnya," ujar Encik Ong.



Di politeknik, ramai pelajar Melayu juga cemerlang, katanya, sambil memberi contoh Cik Fazliana Mohamad Yusof, yang merupakan antara pelajar kumpulan pertama dari Politeknik Republik untuk lulus dengan Diploma Pengurusan dan Penggalakan Kesihatan pada 2013.



Setelah lulus, Cik Fazliana bekerja di sebuah gimnasium kanak-kanak, dan kemudian sebagai jurulatih kesihatan di Hospital Khoo Teck Puat, sebelum menerima biasiswa daripada Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menjalani latihan dalam bidang fisioterapi pula.



Selain laluan tradisional seperti program ijazah dan diploma, MOE menyediakan lebih banyak laluan bekerja-dan-belajar, ujar Encik Ong.



Terdapat 76 Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture yang melatih lebih 1,700 pelajar politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Pembangunan pelbagai laluan bagi anak muda itulah antara peningkatan paling penting dalam sistem pendidikan Singapura sejak tahun-tahun lalu, kata Encik Ong.



"Apabila kita bercakap tentang meritokrasi ditakrifkan secara lebih meluas - meritokrasi kemahiran - ia disokong oleh program serta laluan pembangunan profesional dan kemahiran yang konkrit.



"Kita memanfaatkan kekuatan setiap pelajar muda dan tidak membataskan mereka dengan laluan kejayaan yang sempit.



"Lebih penting lagi, tidak kira laluan yang diambil anak muda, masyarakat harus menyokongnya, dan memberinya hormat seperti yang layak diterimanya. Dengan adanya hormat, akan ada kebanggaan, dan dengan kebanggaan, kita boleh mengecapi kejayaan," ujar Encik Ong.




"Apabila kita bercakap tentang meritokrasi ditakrifkan secara lebih meluas - meritokrasi kemahiran - ia disokong oleh program serta laluan pembangunan profesional dan kemahiran yang konkrit. Kita memanfaatkan kekuatan setiap pelajar muda dan tidak membataskan mereka dengan laluan kejayaan yang sempit."
- Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.



Laporan lain: Dermasiswa LBKM bantu siswa Yale-NUS ikuti program luar negara




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >