Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ye Kung: Penerbangan SIA digantung tidak jejas rundingan gelembung perjalanan dengan HK

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



PERBINCANGAN mengembalikan gelembung perjalanan atau 'travel bubble' dengan Hong Kong tidak akan terjejas meski terdapat penggantungan terhadap penerbangan penumpang bagi pesawat Singapore Airlines (SIA), kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung di parlimen semalam.



Pihak berkuasa Hong Kong mengumumkan minggu lalu bahawa penerbangan SIA yang berlepas dari Singapura tidak akan dibenarkan mendarat di Hong Kong dari 3 hingga 16 April ekoran kes Covid-19 dalam penerbangan SQ882 pada 31 Mac.



Wanita berusia 28 tahun itu merupakan penumpang transit yang telah melakukan perjalanan di Indonesia.



Selain itu, tiga lagi penumpang transit dalam penerbangan SIA telah menjalani ujian pra-keberangkatan Covid-19 di klinik negara asal yang tidak memenuhi keperluan Hong Kong.



"Secara ringkas, penggantungan terbaru terhadap penerbangan SQ (SIA) ke Hong Kong tidak menjejas perbincangan untuk menubuhkan atau mengembalikan gelembung trafik udara yang tidak dapat dimulakan," kata Encik Ong.



"Sebarang gelembung perjalanan tidak akan membolehkan penumpang transit."



Beliau turut menjelaskan bahawa gelembung udara hanya dapat beroperasi jika penerbangan dalam gelembung udara itu hanya membawa apa yang dipanggil 'OD' atau penumpang asal-destinasi.



"Justeru penumpang transit adalah di luar gelembung itu, lantas ia tidak menjejas.



"Dan kami terus bekerjasama dengan Hong Kong untuk mengembalikan gelembung udara ini," katanya lagi.



Menteri Pengangkutan itu sedang memberikan respon terhadap soalan tambahan daripada anggota parlimen Ang Wei Neng (GRC West Coast) yang bertanya sama ada keputusan Hong Kong untuk menggantung penerbangan SIA akan menjejas rancangan bagi gelembung udara.



Encik Ong berkata pihak berkuasa penerbangan sivil Hong Kong telah menetapkan "kriteria amat ketara" bagi syarikat penerbangan.



Beliau berkata gabungan "pelanggaran teknikal" telah menyebabkan penggantungan sementara SIA.



"Sebaik anda melanggar kriteria, anda akan mendapat penggantungan selama 14 hari justeru mereka telah menggantung (syarikat penerbangan sebanyak) 23 kali sebelum kejadian terkini di mana SQ digantung selama dua minggu," kata Encik Ong.



"Pihak berkuasa penerbangan Hong Kong menguatkuasakan ini dengan ketat, lantas menyebabkan penggantungan ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >