Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Ye Kung: Universiti bakal terima lebih ramai mahasiswa berdasarkan kesesuaian, minat bagi kursus

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
3

Ye Kung: Universiti bakal terima lebih ramai mahasiswa berdasarkan kesesuaian, minat bagi kursus

Jan 31, 2020 | 05:30 AM

DALAM masa beberapa tahun, sekitar setengah daripada mahasiswa yang dimasukkan ke tiga universiti di negara ini boleh dipilih berdasarkan kebolehan dan minat mereka terhadap kursus yang dimohon, sedang institusi di sini beralih daripada skim kemasukan yang kebanyakannya berdasarkan gred.

Dalam proses peralihan ini Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) tidak akan lagi menawarkan kemasukan budi bicara mulai tahun ini, iaitu skim yang mengetepikan 15 peratus tempat untuk pelajar yang tidak dapat memenuhi markah kemasukan, tetapi mungkin mempunyai pencapaian lain.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3