Ye Kung: Serangan hibrid ciri perang hari ini dan masa depan

DARIPADA mengisytiharkan perang secara terbuka dan konflik konvensional, pertempuran hari ini dan pada masa depan akan merangkumi serangan hibrid berpanjangan dengan menggunakan pelbagai spektrum perkakas yang lengkap, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Ong Ye Kung, semalam.

Menyampaikan ucapan semasa Program Asia Pasifik bagi Pegawai Tentera Kanan yang ke-18, Encik Ong berkata sama ada menerusi serangan siber, tentera bukan konvensional, sekatan ekonomi ataupun propaganda, cara serangan sebegini muncul bersama-sama tindakan ketenteraan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan