Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ye Kung: SG, M'sia perlu berusaha sambung balik perjalanan

Mar 24, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN hubungan antara Singapura dan Malaysia sebelum ini terganggu dek pandemik Covid-19, keadaan kian bertambah baik, dan sudah tiba masanya untuk negara jiran Tambak itu berusaha ke arah penyambungan semula sepenuhnya perjalanan udara dan darat bagi individu yang telah mendapatkan vaksin, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Beliau kini sedang melawat Malaysia dan telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin.



"Kami mengadakan perbincangan yang amat bermakna dan terbuka.



"Kami bersetuju bahawa Singapura dan Malaysia menikmati hubungan dua hala yang sangat baik dan yang berpanjangan, rakyat kami mempunyai banyak hubungan dan pertalian, namun ini semua terjejas oleh pandemik Covid-19," kata Encik Ong dalam satu catatan di Facebook semalam.



Encik Ong menambah: "Kami juga bersetuju bahawa situasi Covid-19 telah stabil dan bertambah baik di kedua-dua negara, dan kami kini harus berusaha ke arah penyambungan semula sepenuhnya perjalanan udara dan darat untuk mereka yang telah diberi vaksin."



Beliau menambah penyambungan semula perjalanan udara dan darat ini akan membina semula hubungan antara penduduk yang terganggu oleh wabak itu.



Encik Ong sedang mengadakan lawatan kerja ke Kuala Lumpur dari semalam hingga lusa.



Beliau diiringi pegawai kanan Kementerian Kesihatan (MOH).



Hari ini, Encik Ong dijadualkan melawat Institut Kesihatan Negara, di mana beliau akan menyampaikan ucaptama.



Dalam catatan di Twitter, Encik Khairy berkata kedua-dua pihak mengadakan "perbincangan yang baik" mengenai situasi pandemik di negara masing-masing.



"Kami bersetuju keadaan telah stabil dan kami boleh berusaha segera ke arah penyambungan semula sepenuhnya perjalanan udara dan darat untuk orang yang telah divaksin sepenuhnya," katanya.



Malaysia sebelum ini telah mengumumkan pihaknya sedia membuka semula sempadannya kepada pelancong yang diberi vaksin sepenuhnya mulai 1 April selepas dua tahun sekatan untuk membendung Covid-19, yang kini beralih ke fasa endemik wabak itu.



Malaysia dan Singapura membenarkan lawatan antara kedua-dua negara pada November melalui udara dan darat atas dasar kuota terhad.



Perjalanan udara pada mulanya bermula dengan penerbangan antara Singapura dan Kuala Lumpur, manakala perkhidmatan ke Pulau Pinang ditambah minggu lepas.



Singapura juga merancang untuk terus membuka sempadannya kepada pengembara yang sudah divaksin sepenuhnya, kata Menteri Pengangkutan Encik S Iswaran awal bulan ini.



Pada masa ini, Singapura membenarkan orang yang sudah divaksin dari 32 negara dan wilayah masuk tanpa perlu dikuarantin di bawah program lorong perjalanan yang diberi vaksin.



Singapura merupakan sumber pelawat terbesar Malaysia pada 2019 dengan kira-kira 10 juta ketibaan, menurut kementerian pelancongan, seni dan budaya Malaysia.



Jumlah itu turun kepada 1.5 juta pada 2020, terutamanya terdiri daripada pelawat dalam beberapa bulan pertama tahun sebelum penutupan.



Pelancong Singapura juga membawa masuk wang paling banyak untuk Malaysia, membelanjakan kira-kira RM20.5 bilion ($6.6 bilion) pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >