Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Sistem baru sekolah menengah ambil kira kekuatan pelajar

Mar 11, 2019 | 05:30 AM



MESKIPUN penyaluran pelajar atau streaming akan ditiadakan, sistem baru pendidikan sekolah menengah akan tetap membuat penyesuaian yang mengambil kira pelbagai kekuatan pelajar, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung semalam.



Bezanya, ini akan dilakukan di peringkat mata pelajaran, dan bukan di peringkat kursus seperti Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres seperti sekarang.



Encik Ong berkata demikian untuk mengatasi keprihatinan ibu bapa dan pelajar mengenai sistem pendidikan baru sekolah menengah yang diumumkan di bahas belanjawan Kementerian Pendidikan (MOE) minggu lepas.



Sistem sekarang ini, yang menyalurkan pelajar kepada aliran N(T), N(A) dan Ekspres, akan ditiadakan menjelang 2024.



Ini akan digantikan dengan Pengumpulan Berdasarkan Mata Pelajaran Secara Penuh (SBB Penuh), yang membolehkan pelajar mengambil gabungan mata pelajaran berlainan di peringkat lebih tinggi atau rendah, berdasarkan keupayaan mereka.



Kata Encik Ong, ramai ibu bapa menyoal bagaimana guru akan mengajar kelas yang mempunyai pelajar dengan pelbagai tahap keupayaan.



"Apakah ini bermakna pengajaran harus diperlahankan dan menjejas standard pendidikan? Sebenarnya bukan begitu.



"Sedang penyaluran akan dihentikan, penyesuaian dalam pendidikan akan diteruskan.



"Malah, saya akan katakan kami membuat penyesuaian lebih halus. Kami tidak mengumpulkan pelajar di peringkat kursus, kami mengumpulkan mereka di peringkat mata pelajaran," ujar Encik Ong.



Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri acara masyarakat di Canberra Park semalam.



Di bawah sistem baru itu, sekolah perlu mengubah cara merancang jadual mereka, kata Encik Ong.



MOE akan memulakan sistem berdasarkan mata pelajaran itu di sebanyak 25 sekolah tahun depan, dan melaksanakannya kepada semua sekolah menengah menjelang 2024.



"Kami telah mengundang sekolah yang berpengalaman dalam hal ini. Responsnya baik.



"Malah, kami ada beberapa sekolah yang menawarkan diri untuk menyertai fasa pertama tetapi saya fikir kami akan tetap bermula dengan 25 sekolah atau lebih sedikit daripada itu.



"Kami ingin menjalankannya dengan baik pada awalnya," ujar Encik Ong.



Encik Ong mengulas satu lagi persoalan - dengan sistem baru yang tetap membezakan kekuatan pelajar, apakah stigma akan kekal wujud?



Beliau berkata stigma merupakan respons masyarakat yang sepatutnya akur setiap pelajar mempunyai kekuatan dan kelemahan berbeza, dan sistem pendidikan perlu membolehkan semua pelajar untuk mencapai potensi mereka.



"Label wujud di mana-mana. Dalam apa jua yang kita lakukan, kita diletakkan dalam kategori.



"Sama ada kita mahu membina tembok antara pelbagai manusia, itu terpulang kepada masyarakat," ujar Encik Ong.



Namun, dasar pemerintah, pemimpin politik dan masyarakat juga berperanan memberi isyarat yang jelas, dan membimbing warga Singapura ke arah yang betul, tambahnya.



Laporan lain: Ye Kung jelaskan apa yang boleh dijangka pelajar




SEKILAS PERUBAHAN



- Tiadakan Aliran Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres menjelang 2024



- Gantikan dengan sistem berdasarkan mata pelajaran



- Pelajar boleh ambil mata pelajaran di peringkat G1, atau yang lebih tinggi - G2 dan G3 - berdasarkan keupayaan



- Pelajar akan raih sijil sekolah menengah umum yang gabungkan sijil peringkat 'O', N(A) dan N(T) sedia ada



- Semak sistem posting posmenengah pastikan pelajar yang ambil gabungan mata pelajaran G1, G2 dan G3 dipertimbangkan secara adil apabila masuk Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik atau maktab rendah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >