SISTEM satu parti boleh memberi Singapura peluang terbaik mencapai kejayaan kerana ia sebuah negara kecil yang perlu kekal lincah, kata Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung di persidangan tahunan Perspektif Singapura, di Institut Pengajian Dasar, kelmarin.
Bagaimanapun, Pengerusi Eksekutif Banyan Tree, Encik Ho Kwon Ping, yang bercakap mengenai topik yang sama, memberi amaran bahawa sistem satu parti menghadapi bahaya elit politiknya lambat berubah, menyebabkan budaya hak dan rasuah.