Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Sistem pendidikan akan dilonggarkan bagi kurangi tekanan

May 31, 2018 | 05:30 AM



USAHA sedang dijalankan bagi melonggarkan sistem pendidikan Singapura bagi mengurangkan tekanan, kata Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



Kementerian Pendidikan (MOE) antara lain sedang mengambil langkah untuk memperkenalkan lebih banyak kelonggaran.



Ini termasuk menggantikan skor-T Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dengan sistem penilaian gred yang lebih meluas serta kembali ke tujuan asal mengiktiraf keupayaan bukan akademik menerusi Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA), menurut akhbar The Straits Times.



"Kita harus menghapuskan pemikiran 'buat atau mati' di setiap detik supaya jika anda tidak mencapai keputusan cemerlang, tetap okay.



"Kami mempunyai sistem yang agak baik dan dipandang tinggi di serata dunia... tapi apa yang kita perlu baiki ialah untuk mengurangkan tekanan dalam sistem in," kata Encik Ong semasa berucap di satu seminar prauniversiti di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Beliau berkata, MOE akan memainkan peranan menjaga kesejahteraan pelajar.



Beliau turut menggalak pelajar mengambil berat tentang kesihatan mental satu sama lain dan kerap berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.



Encik Ong menarik perhatian bahawa tahap tekanan di kalangan murid di peringkat sekolah rendah bawahan telah berkurangan, dengan tiada peperiksaan sehingga di akhir darjah dua dan kurikulum yang telah diperkemas.



Namun, bagi pelajar di peringkat lebih tinggi termasuk sekolah menengah dan maktab rendah, mereka masih mempunyai kerja sekolah yang banyak.



Seminar prauniversiti yang berlangsung dari Isnin hingga Jumaat itu dihadiri 550 pelajar daripada 33 institusi prauniversiti seperti maktab rendah dan politeknik.



Acara tahun ini dianjurkan bersama MOE dan Sekolah Tinggi River Valley.



Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dan ditugaskan untuk memikirkan huraian bagi isu yang rumit seperti penduduk yang semakin menua dan teknologi bijak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >