Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: S'pura perlu tangani kekurangan jururawat

Bukan masalah kurang anak muda SG ingin jadi jururawat sebaliknya warga, bayi tidak cukup
Jul 26, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu terus berusaha mengatasi kekurangan tenaga manusia dalam bidang kejururawatan agar dapat meringankan beban yang perlu dipikul jururawat sedia ada, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Pada masa sama, beliau memberi jaminan keadaan di hospital "sibuk tetapi stabil", dengan gelombang jangkitan Covid-19 kini mencapai kemuncaknya.



"Jururawat masih boleh mengambil cuti, yang tidak digantung... Yang lebih penting ialah kita memastikan semua orang tidak mengalami kelesuan melampau.



"Kami memastikan anda dapat mengekalkan kerja anda yang sangat penting," kata Encik Ong semasa berucap di majlis sambutan Hari Jururawat oleh SingHealth di Auditorium Ngee Ann Kongsi semalam.



Beliau menambah: "Harap yakinlah bahawa setiap minggu saya melihat kadar pemberhentian kerja semua kumpulan hospital kita. Kita stabil dan saya harap kita kekal begitu sepanjang tahun," ujarnya kepada lebih 400 jururawat yang hadir.



Encik Ong berkata Singapura bukan kekurangan anak muda yang ingin memasuki bidang kejururawatan, sebaliknya negara ini kekurangan warga Singapura dan bayi.



Setiap kohort semakin kecil sedangkan keperluan penjagaan kesihatan sedang meningkat.



"Oleh itu, saya tidak pernah percaya bahawa warga Singapura tidak mahu menjadi jururawat. Ramai bercita-cita tetapi kita tidak cukup warga Singapura," kata beliau.



Justeru kumpulan jururawat sekarang amat pelbagai, dengan warga tempatan dan asing bekerja bersama.



Semalam, SingHealth mengumumkan penubuhan Dana Akademik Kejururawatan Yayasan Wee bernilai $5 juta untuk melanjutkan peluang pembangunan dan pendidikan jururawat SingHealth agar dapat memperkasa mereka untuk mencatat lebih kemajuan dalam bidang kepakaran mereka.



Dana itu hadiah daripada Yayasan Wee, Ini kali pertama yayasan itu memberi hadiah khas buat bidang kejururawatan.



Wang itu antara lain akan menyokong biasiswa yang membolehkan jururawat mendapatkan kelulusan sijil siswazah, diploma siswazah, ijazah sarjana, atau ijazah kedoktoran dalam kejururawatan.



Pengarah Yayasan Wee, Cik Wee Wei Ling, berkata jururawat membawa perbezaan bermakna dalam kesihatan pesakit dan orang tersayang mereka setiap hari.



"Hadiah ini mencerminkan penghargaan mendalam Yayasan Wee terhadap kumpulan profesional amat istimewa ini yang memberi kami inspirasi menerusi dedikasi mereka pada mereka dan sumbangan mereka sangat besar, lebih-lebih lagi sewaktu pandemik Covid-19," ujarnya.



Selain itu, sebuah Masyarakat Profesional Penjagaan Kesihatan (HPC) telah ditubuhkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bersama kesatuan gabungan dan persatuan industri penjagaan kesihatan untuk menangani isu tenaga manusia dalam sektor penjagaan kesihatan serta mempertingkat karyawan penjagaan kesihatan.




"Jururawat masih boleh mengambil cuti, yang tidak digantung... Yang lebih penting ialah kita memastikan semua orang tidak mengalami kelesuan melampau. Kami memastikan anda dapat mengekalkan kerja anda yang sangat penting."
- Encik Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan, memberi jaminan keadaan di hospital "sibuk tetapi stabil".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >