Ye Kung: Tidak ekstrem, bertolak ansur bolehkan identiti SG berkembang
Feb 24, 2019 | 05:30 AM
DENGAN mengelakkan "ideologi ekstrem" dan membenarkan satu ruang bersama bagi identiti Singapura berkembang, republik ini telah meraih kewujudan bersama yang aman di antara masyarakat berbilang bangsa di sini, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.
Adalah satu kesilapan untuk melihat Singapura sebagai tempat pertemuan pelbagai budaya, kaum dan agama, katanya.