UNIVERSITI boleh memainkan peranan penting merombak sesebuah bandar kerana institusi sedemikian bantu mengubah ilmu menjadi idea, perniagaan dan pekerjaan baru, kata Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung, semalam.
"Universiti boleh menjadi generatif dan regeneratif bagi ekonomi dan masyarakat dan membantu kita kekal berdaya tahan, meskipun di tengah-tengah perubahan yang kita lihat sekarang," katanya.