RAMAI kini dapat meneroka Singapura dengan menggunakan permainan telefon yang popular, Pokemon GO.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB), ia telah bekerjasama bersama syarikat teknologi realiti terimbuh (AR) Amerika Syarikat, Niantic, untuk mempamerkan tempat-tempat tarikan pelancong dan mendorong lebih ramai untuk meneroka kawasan menarik di Singapura (gambar atas).