Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuk... kita hidupkan semangat Singapura!

Pelbagai acara... dan makanan 'diraih' sempena NDP
Aug 02, 2018 | 05:30 AM



Hanya seminggu lagi sebelum Singapura menyambut ulang tahun ke-53. Ramai warga Singapura mungkin dapat merasakan kemeriahan menjelang Hari Kebangsaan dengan pelbagai kegiatan dan program yang telah mula giat dijalankan di serata negara. Wartawan FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) memulakan 'countdown' atau menghitung hari sebelum Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 9 Ogos nanti dengan memaparkan beberapa cara unik menyambut hari istimewa itu.



BENDERA Singapura dan poster-poster Hari Kebangsaan sudah pun dipasang di sekitar negara menandakan sambutan yang bakal diadakan bagi menyambut ulang tahun Singapura pada 9 Ogos nanti.



Menandakan 53 tahun kemerdekaan Singapura, tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, ialah 'Kitalah Singapura' bagi meraikan bangsa, negara dan tempat tinggal kita di tanah air ini.



Lazimnya, sepanjang bulan ini, pelbagai acara dan kegiatan khas akan diadakan untuk setiap lapisan masyarakat.



Daripada pesta kesihatan kepada acara seni dan pameran yang memaparkan keunikan Singapura.



Dalam pada itu, bagi mereka yang gemar dengan tawaran membeli-belah menarik mampu menikmati promosi jualan khas NDP.



Yang lebih menarik, beberapa gerai makanan juga menawarkan makanan istimewa sempena NDP ini.



Berita Harian (BH) meninjau perkara menarik lagi unik yang akan berlaku di sekitar Singapura menjelang NDP minggu depan.



JALAN-JALAN KENALI SINGAPURA



Sebagai rakyat Singapura, kita mungkin mempunyai tanggapan bahawa kita telah mengenali negara kelahiran kita ini.



Namun, di sebalik kemajuan yang dapat kita lihat selama 53 tahun, terdapat cerita-cerita yang mengisahkan perjalanan kehidupan ramai penduduknya.



Justeru sempena NDP, beberapa pameran dianjurkan untuk orang ramai.



Sebagai contoh, The Arts House akan menganjurkan beberapa program menarik seperti persembahan seni, tayangan filem tempatan dan juga bengkel-bengkel.



Antara penggiat seni tempatan yang terlibat dalam acara ini seperti pengarah prolifik Sanif Olek, penggiat teater Aidli 'Alin' Mosbit, penerbit Aqmal N dan penceramah Dr Azhar Ibrahim.



Mereka akan membicarakan tentang penghayatan lirik lagu-lagu dalam filem Melayu dari tahun 50-an hingga 60-an.



Acara ini akan diadakan pada dua hujung minggu ini (4-5 Ogos dan 11-12 Ogos). Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman www.theartshouse.sg/.



Bagi mereka yang gemar mengembara pula, aplikasi Jalan NDP! yang dilancarkan bulan lalu memberi mereka peluang untuk keluar daripada keselesaan rumah dan meneroka sambil mempelajari tentang tempat-tempat menarik di negara ini.



Aplikasi NDP Jalan! membawa pengguna melalui pelbagai lokasi di Singapura, seperti Daerah Sivik dan Kebun Bunga Singapura, untuk meneroka sejarah dan warisan Singapura, yang turut melibatkan realiti terimbuh atau augmented reality (AR).



Aplikasi ini telah dicipta oleh Jawatankuasa Penganjur NDP 2018 serta syarikat setempat, SKY Optimum Technology, dengan kerjasama rakan kongsi seperti Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Kebun Bunga Singapura.



Bagi setiap lima pencarian yang berjaya diselesaikan, pemain boleh mendapatkan baucar diskaun untuk pembelian di pusat atau gerai makanan dan minuman terpilih serta kedai runcit.



Aplikasi ini akan diberhentikan selepas Hari Kebangsaan, namun pengguna masih mampu menggunakan baucar yang telah mereka perolehi.



MAKANAN DAN SINGAPURA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN



Tidak dapat dinafikan, masyarakat Singapura gemarkan makanan mereka.



Sebagai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, makanan boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang menyatukan kita.



Justeru, sebagai menunjukkan kemakmuran negara ini, beberapa syarikat makanan dan minuman (F&B) tempatan mengambil kesempatan ini dengan menawarkan makanan yang unik kepada Singapura.



Antara gerai makanan segera yang memperkenalkan makanan khas dalam menu mereka ialah Burger King dan Pastamania.



Orang ramai boleh mendapatkan Hainanese Tendergrill Chicken Burger dari Burger King. Burger ini mendapat inspirasi daripada hidangan ikonik tempatan, iaitu Nasi Ayam Hainanese.



Dalam pada itu, mereka juga telah memperkenalkan pai berperisa teh tarik kepada orang ramai.



Anda gemarkan otah-otah dan pasta? Restoran pasta dari Italy, Pastamania, telah memperkenalkan Pasta Otah-Otah.



Pasta ini disaluti dengan sos berkrim yang dicampurkan dengan ketulan otah-otah.



Makanan-makanan ini pasti akan membuat setiap orang "mengalirkan air liur".



Oleh itu, sambutan yang dirancang sepanjang bulan ini bagi menyambut Hari Kebangsaan tidak membosankan dan rakyat Singapura digalak untuk keluar dan sama-sama menyambut NDP dengan keluarga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >