Yuk, kongsi foto Raya!
Jun 04, 2019 | 05:30 AM
SYAWAL ini, pembaca akhbar ini dan pengikutnya di media sosial boleh menyertai kempen media sosial Berita Harian yang akan berlangsung sehingga 9 Jun.
Menggunakan 'hashtag' #betulbetulraya dan #beritahariansg, kempen kali ini mengundang pembaca berkongsi gambar dan kenangan indah membuat persiapan menjelang Aidilfitri serta menyambut Lebaran bersama masyarakat, jiran, teman, keluarga dan orang tercinta.