Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran ambil pasport, IC di cawangan SingPost ditiadakan mulai 1 Oktober

Sep 22, 2021 | 03:40 PM



WARGA Singapura tidak lagi perlu membayar yuran apabila mendapatkan pasport dan kad pengenalan mereka di cawangan SingPost mulai 1 Oktober ini.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menjelaskan pada Rabu (22 September) ia akan membiaya segala kos bagi memudahkan keadaan.



Dalam kenyataannya, penolong pesuruh jaya kanan Dominic Chua, yang juga pengarah khidmat warga negara ICA, berkata: "Inisiatif  menggalak orang ramai mendapatkan IC dan pasport mereka di pejabat pos adalah sebahagian rancangan peralihan ICA bagi lebih memudahkan pelanggan kami."



Orang awam boleh memilih mendapatkan dokumen mereka itu di 27 pejabat pos yang dikhususkan serata pulau. Buat masa ini, warga negara dan penduduk tetap Singapura dikenakan yuran pengambilan dokumen antara $6 dengan $12 apabila mereka mendapatkan pasport atau IC mereka di pejabat pos.



Namun mereka yang sebelum ini mempunyai masalah pengesahan biometrik ketika membuat transaksi dengan ICA masih perlu mendapatkan dokumen mereka di Bangunan ICA.



Pemohon akan diberitahu mengenai pilihan pengambilan dokumen apabila segalanya sudah tersedia untuk diperolehi.



Penduduk yang layak perlu membuat janji temu di laman https://eservices.ica.gov.sg/ibook/index.do bagi mendapatkan dokumen mereka di pejabat pos yang mereka inginkan.



Pada Mei, ICA mengumumkan tempoh kesahan pasport Singapura akan ditambah kepada 10 tahun buat warga negara berusia 16 tahun ke atas. Ia adalah bagi mereka yang memohon mulai 1 Oktober bagi mengurangkan kekerapan memperbaharui pasport masing-masing.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >