Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran prasekolah lebih rendah, bantuan kewangan untuk pasangan yang inginkan anak dari 2020

Aug 28, 2019 | 04:35 PM



BERMULA 2020, keluarga berpendapatan rendah hanya perlu membayar $3 untuk penjagaan anak sepenuh masa.



Ini adalah sebahagian daripada usaha menggalak warga Singapura supaya berkahwin dan mendapatkan anak.



Langkah-langkah yang bakal dilaksanakan termasuk pembiayaan tambahan oleh pemerintah bagi rawatan jenis teknologi membantu kehamilan (ART), peningkatan subsidi prasekolah untuk setiap golongan warga Singapura, dan menghadkan yuran pada kadar yang lebih rendah bagi pengendali utama dan pengendali rakan kongsi yang menjalankan pra-sekolah.



Menteri Tenaga Manusia Cik Josephine Teo yang mengawasi isu berkaitan penduduk, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee dan Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, mengumumkan langkah-langkah ini pada Rabu (28 Ogos) semasa satu lawatan ke prasekolah My First Skool di Punggol.



Dengan subsidi yang lebih tinggi, lebih banyak keluarga hanya perlu membayar antara $3 dan $390 sebulan untuk penjagaan anak sepenuh masa di prasekolah yang dikendalikan oleh pengendali utama, yang pada masa ini mengenakan yuran bulanan sebanyak $770 (selepas harga cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan).



Jumlah subsidi yang mereka bakal terima bergantung kepada pendapatan bulanan mereka.



Dengan langkah ini, menjelang 2025, lapan daripada 10 kanak-kanak akan mendapat tempat di prasekolah yang disokong pemerintah, iaitu prasekolah yang menawarkan yuran lebih murah.



Pada masa ini, terdapat lima prasekolah yang juga pengendali utama, antaranya Sparkletots,  Yayasan Masyarakat PAP (PCF) dan First Campus NTUC My First Skool, yang mengendalikan lebih daripada 570 pusat.



Perbelanjaan pemerintah berkaitan sektor prasekolah dijangka akan ditingkatkan lebih dua kali ganda dalam beberapa tahun akan datang.



Selain itu, pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan anak juga akan mendapat lebih banyak sokongan dari Januari 2020.



Langkah ini diambil kerana pasangan yang berkahwin semakin berkurangan.



Bilangan bayi yang dilahirkan di Singapura pada 2018 jatuh ke paras paling rendah dalam lapan tahun, dengan kadar kesuburan keseluruhan menurun dari 1.16 pada 2017 kepada 1.14 pada 2018, iaitu di bawah kadar penggantian 2.1.



Mengambil kira bahawa semakin ramai pasangan yang berkahwin dan mendapat anak lebih lewat, Kementerian Kesihatan akan menghapuskan had umur untuk wanita menjalani rawatan ART. 



Rawatan sedemikian kini terhad kepada wanita yang di bawah umur 45 tahun.



Tambahan pula, pemerintah tidak akan meletakkan had pada bilangan rawatan yang boleh dijalani oleh setiap pasangan.



Wanita yang berumur lebih 40 tahun juga akan mendapat pembiayaan bersama pemerintah sehingga dua daripada enam pusingan ART, selagi mereka telah meminta bantuan untuk mendapatkan anak sebelum berumur 40 tahun.



Pada masa ini, golongan wanita ini tidak menerima sebarang sokongan daripada pemerintah berkaitan ART.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >