Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran prasekolah lebih rendah, bantuan kos rawatan kesuburan

Antara langkah untuk galak warga berkahwin, mulakan keluarga
Aug 29, 2019 | 05:30 AM



YURAN lebih rendah bagi prasekolah dan subsidi rawatan kesuburan merupakan antara langkah terbaru untuk menggalak warga Singapura berkahwin, melahirkan anak sekali gus memulakan keluarga.



Langkah itu sebahagian daripada pakej perkahwinan dan keibubapaan (MPP) yang kali ini dipertingkat untuk memberi sokongan dari segi prasekolah, penjagaan dan perumahan.



Ini diumumkan bersama Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee; dan Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor dalam satu sidang media di prasekolah My First Skool di Punggol Drive, semalam.



Cik Teo berkata masih terdapat keinginan kuat dalam kalangan anak muda Singapura untuk mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak.



Bilangan purata perkahwinan dan kelahiran warga Singapura dalam tempoh lima tahun lalu, adalah lebih tinggi berbanding dua tempoh lima tahun sebelumnya - satu trend yang menggalakkan, dedah Cik Teo.



Namun ramai warga Singapura yang kini melambatkan rancangan untuk berkahwin dan menunggu lebih lama untuk melahirkan anak.



"Jelas bagi kami, keputusan sama ada atau bila untuk berkahwin dan melahirkan anak adalah bersifat peribadi.



"Tetapi kita boleh, sebagai sebuah masyarakat, memberi isyarat kukuh dan memberi bantuan praktikal kepada keluarga muda," ujar Cik Teo yang juga menyelaras isu penduduk.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sebelum ini telah mengumumkan lebih banyak sokongan bagi pendidikan prasekolah di Rapat Hari Kebangsaan pada 18 Ogos lalu.



Memperincikan langkah tersebut semalam, Encik Desmond Lee berkata sehingga 70 peratus, atau tambahan 30,000 keluarga, akan meraih subsidi prasekolah yang dipertingkat itu.



Ini bermakna golongan pertengahan atas juga akan meraih manfaat daripada subsidi itu, selain golongan bergaji rendah.



"Apabila kami membuat tinjauan dan bercakap dengan keluarga muda, mereka secara terus terang beritahu kami apakah halangan dan perkara paling mencabar bagi mereka.



"Maklum balas tentang prasekolah sering ditimbulkan," ujar Encik Lee.



Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (MOH) akan memberi sokongan kepada pasangan yang memerlukan rawatan kesuburan, memandangkan trend lebih ramai yang berkahwin lebih lambat.



Wanita yang ingin menjalani rawatan kesuburan Teknologi Kehamilan Dibantu (ART) termasuk Persenyawaan In Vitro (IVF) tidak akan lagi dikenakan had usia.



Bermula tahun depan, pasangan juga boleh menerima lebih banyak sokongan kewangan bagi mendapatkan bantuan bagi rawatan kesuburan.



Namun sedang pemerintah meningkatkan sokongan itu, pasangan tetap digalakkan untuk berkahwin awal, ujar Dr Khor.



"Ini penting kerana kemungkinan melahirkan secara semula jadi merosot dengan usia ibu yang meningkat.



"Risiko komplikasi dan hasil tidak elok dalam kehamilan juga bertambah dengan usia ibu yang meningkat," jelasnya.



Dalam pada itu, yuran permohonan pasport pertama akan ditiadakan bagi bayi yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2020.



Yuran permohonan yang perlu dibayar sekarang ialah $70.



Dari segi perumahan pula, pembeli kali pertama akan menerima lebih banyak sokongan, dan ini akan diumumkan bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >