Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

Yuran prasekolah lebih rendah untuk lebih ramai keluarga tahun depan

Nov 25, 2020 | 07:31 PM

LEBIH ramai ibu bapa dengan anak kecil akan membayar yuran prasekolah lebih rendah mulai tahun depan. 

Ini menyusuli langkah lebih banyak pusat menyertai skim yang dibiayai pemerintah yang akan mengurangkan yuran bagi keluarga.

Sebanyak 324 pusat penjagaan kanak-kanak, yang dikelolakan 29 pengendali, bakal menyertai skim yang bermula Januari tahun depan.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad mengumumkan pada Rabu (25 Nov) jumlah pusat yang menyertai skim tersebut dalam pusingan kedua 30 peratus lebih banyak berbanding tempoh kini, lapor The Straits Times.

Lebih 27,000 kanak-kanak di Singapura dijangka meraih manfaat di bawah skim tersebut tahun depan, meningkat daripada 20,000 kanak-kanak di bawah skim itu kini. 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map