Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran sekolah pelajar bukan warga SG naik mulai 2022

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR bukan warga Singapura di sekolah yang dibiayai pemerintah perlu membayar yuran lebih tinggi mulai tahun depan.



Yuran sekolah bulanan akan meningkat antara $25 hingga $60 bagi penduduk tetap (PR) pada 2022 dan 2023, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Kenaikan yuran bagi pelajar antarabangsa pula adalah antara $25 hingga $150, bergantung pada tahap pendidikan mereka, kata MOE.



Perubahan itu akan berkuat kuasa pada Januari 2022 dan 2023.



Kenaikan itu merupakan sebahagian daripada semakan yuran sekolah dari masa ke masa, kata MOE.



Bagi murid sekolah rendah, yuran sekolah untuk PR akan meningkat daripada $205 sebulan tahun ini kepada $230 sebulan tahun depan, dan kemudian $255 sebulan pada 2023.



Bagi murid antarabangsa dari negara Asean, yuran sekolah rendah akan meningkat daripada $465 sebulan kepada $490 tahun depan, dan $515 pada 2023. Sekiranya mereka dari negara di luar Asean, yuran akan meningkat daripada $775 sebulan menjadi $825 tahun depan, dan $875 pada 2023.



Pelajar PR di sekolah menengah pula sekarang membayar sekitar $380 sebulan tetapi akan membayar $440 sebulan tahun depan, dan $500 sebulan pada 2023.



Pelajar asing di sekolah menengah dari negara Asean kini membayar $780 tetapi akan membayar $840 pada 2022, dan $900 pada 2023.



Pelajar dari negara asing di luar Asean kini membayar $1,450 sebulan. Mulai tahun depan, mereka akan membayar $1,600 sebulan, dan $1,750 pada 2023.



Pelajar PR yang mengambil kursus prauniversiti pula kini membayar $460 sebulan. Mulai tahun depan, mereka akan membayar $520 sebulan, dan $580 sebulan pada tahun berikutnya.



Pelajar asing dari Asean dalam kursus ini pula kini membayar $1,040. Mulai tahun depan mereka akan membayar $1,070 sebulan, dan ini akan meningkat kepada $1,100 pada 2023.



Pelajar antarabangsa dari luar Asean pula kini membayar $1,800 sebulan bagi prauniversiti. Mereka perlu membayar $1,950 sebulan pada tahun depan, dan $2,100 sebulan pada 2023.



Bagi pelajar Singapura, yuran sekolah dan yuran lain-lain tidak berubah, kata MOE.



Warga Singapura tidak membayar yuran bulanan untuk sekolah rendah, dan membayar $5 sebulan untuk sekolah menengah, dan $6 sebulan untuk kursus prauniversiti.



Yuran lain-lain ditetapkan pada $6.50 sebulan untuk sekolah rendah, $10 sebulan untuk sekolah menengah, dan $13.50 sebulan untuk prauniversiti.



Yuran sekolah untuk pelajar bukan Singapura telah meningkat dengan stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Pada 2017, MOE berkata yuran akan meningkat untuk PR dan warga asing pada 2018, 2019 dan tahun lalu; sebanyak $25 hingga $60 sebulan untuk PR dan sebanyak $25 hingga $150 sebulan untuk pelajar antarabangsa.



Yuran sekolah rendah bulanan untuk PR meningkat daripada $130 pada 2017 kepada $155 pada 2018, $180 pada 2019 dan $205 tahun lalu.



MOE berkata ia tidak meningkatkan yuran sekolah untuk warga Singapura, penduduk tetap dan pelajar dari Asean tahun ini.




YURAN SEKOLAH PEMERINTAH DAN BANTUAN PEMERINTAH



YURAN SEKOLAH BULANAN PADA 2023 (BERBANDING SEKARANG)



SEKOLAH RENDAH



  • Penduduk tetap: $255 (naik daripada $205)

  • Pelajar Antarabangsa Asean: $515 ($465)

  • Pelajar Antarabangsa bukan Asean: $875 ($775)

SEKOLAH MENENGAH



  • Penduduk tetap: $500 ($380)

  • Pelajar Antarabangsa Asean: $900 ($780)

  • Pelajar Antarabangsa bukan Asean: $1,750 ($1,450)

PRAUNIVERSITI



  • Penduduk tetap: $580 ($460)

  • Pelajar Antarabangsa Asean: $1,100 ($1,040)

  • Pelajar Antarabangsa bukan Asean: $2,100 ($1,800)

  • YURAN PELAJAR SINGAPURA

Kekal sama. Pelajar Singapura tidak perlu bayar yuran sekolah rendah. Yuran bulanan sekolah menengah ialah $5, dan $6 untuk prauniversiti.



  • YURAN LAIN-LAIN YANG DIBAYAR SEMUA PELAJAR

Kekal sama



Sekolah Rendah: $6.50



Menengah: $10



Prauniversiti: $13.50




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >