Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran Skim Tuisyen Mendaki kini hanya $10 setahun

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



MULAI tahun depan, pelajar Skim Tuisyen Mendaki (MTS) hanya perlu membayar yuran serendah $10 sahaja setahun - bukan lagi setinggi $210 yang dikenakan sebelum ini.



Jumlah yang sangat rendah ini dicapai hasil semakan yang dijalankan ke atas proses pentadbiran MTS tahun ini.



Nilai yuran terbaharu itu diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semasa berucap di majlis Anugerah Tutor Mendaki 2021, semalam.



Majlis yang diadakan di The Chevrons di Boon Lay Way itu turut dapat disaksikan secara maya melalui kaedah Zoom.



"Dalam memastikan MTS kekal relevan dan mampan dalam landskap semasa, Mendaki akan terus menyemak dan memperkemas prosesnya bagi menyokong lebih ramai pelajar," kata Dr Faishal.



"Perubahan ini diharap dapat menjadikan Program Tuisyen Mendaki lebih mudah diakses oleh semua pelajar Muslim supaya mereka dapat menerima sokongan akademik yang sewajarnya," tambahnya.



Menerangkan lebih lanjut, Penolong Pengarah Pendidikan Mendaki, Cik Sabrena Abdullah berkata, "bagi memudahkan proses pentadbiran dan juga untuk menjadikan Mendaki lebih relevan dan dimampui semua orang, kami hanya akan mengenakan yuran $10 setahun.



"Kami mahu menawarkan program ini kepada seramai mungkin pelajar tanpa mengambil kira pendapatan," katanya.



Cik Sabrena menerangkan, sebelum ini, pelajar membayar yuran bulanan dengan jumlahnya boleh mencecah $210 setahun.



Bagaimanapun, yuran itu dikecualikan bagi sekitar 80 peratus pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.



"Untuk mendapatkan pengecualian yuran itu, keluarga perlu membuat permohonan dan tunjukkan bukti yang mereka berpendapatan rendah.



"Daripada membuat proses itu begitu sukar untuk keluarga, kami memutuskan untuk mengenakan yuran setara $10," kata Cik Sabrena sambil menambah keluarga yang memerlukan sokongan lanjut boleh menghubungi Mendaki.



MTS bertujuan menawarkan tuisyen bermutu pada yuran berpatutan bagi membantu pelajar mencapai keputusan lebih baik dalam peperiksaan sekolah dan kebangsaan.



Sekitar 5,000 pelajar sekolah rendah dan sekitar 3,000 pelajar sekolah menengah mengikuti program itu tahun ini.



MTS mempunyai lebih 1,000 tutor dan ketua tutor di hampir 100 pusat serata negara.



Majlis anugerah semalam mengiktiraf usaha tutor dan ketua tutor yang telah menyumbang kepada MTS dan Program Tuisyen Kerjasama (CTP). MTS dan CTP secara kolektif dikenali sebagai Program Tuisyen Mendaki (MTP).



Seramai 200 tutor, ketua tutor, penyelia pusat, rakan kongsi utama dan individu yang telah menyumbang kepada program itu dijemput ke majlis tersebut.



Sejumlah 27 tutor menerima Anugerah Tutor Cemerlang dan enam ketua tutor menerima Anugerah Ketua Tutor Cemerlang.



Seramai 22 penyelia dan penjaga pusat pula diberi Anugerah Perkhidmatan Lama.



Satu Anugerah Sumbangan Cemerlang turut diberikan.




"Dalam memastikan MTS kekal relevan dan mampan dalam landskap semasa, Mendaki akan terus menyemak dan memperkemas prosesnya bagi menyokong lebih ramai pelajar."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >