Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran tahunan SIT, SUSS lebih rendah, MOE pertingkat dermasiswa pemerintah bagi pendidikan pos-menengah

Aug 18, 2019 | 08:40 PM



YURAN tahunan bagi program ijazah sepenuh masa Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan dikurangkan daripada sekitar $8,000 kini kepada $7,500.



Sementara itu, dermasiswa yang diberikan pemerintah kepada siswazah juga akan dinaikkan dari 50 peratus yuran ijazah umum kepada 75 peratus jumlah tersebut.



Dermasiswa bagi pelajar program diploma politeknik juga akan dinaikkan dari 80 peratus yuran kepada 95 peratus yuran yang dibayar.



Demikian diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2019.



Peningkatan dermasiswa pemerintah itu bermakna seorang pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang mengikuti program ijazah umum di Universiti Nasional Singapura (NUS), misalnya, perlu membayar hanya $2,000 setahun berbanding sekitar $4,000 setahun yang perlu dibayarnya hari ini.



Yuran penuh bagi program ijazah umum di NUS kini ialah sekitar $8,000 setahun.



Encik Lee turut menyentuh tentang kursus perubatan di universiti di mana yuran tahunannya merupakan yang tertinggi berbanding kursus lain.



"Kami akan mempertingkat dermasiswa pemerintah bagi kursus perubatan untuk menjadikannya jauh lebih banyak berbanding dermasiswa bagi kursus universiti lain.



"Ditambah dengan dermasiswa lain daripada universiti, siswazah berpendapatan rendah kini perlu bayar paling tinggi $5,000 setahun," jelas Encik Lee.



Ini berbanding jumlah $29,000 setahun di NUS dan $35,000 setahun di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) - setelah dermasiswa pemerintah - yang perlu dibayar siswazah bidang perubatan hari ini.



Kesemua pelarasan yuran dan dermasiswa boleh dimanfaatkan pelajar sedia ada dan baru bermula tahun akademik akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >