Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran tuisyen percuma bagi mahasiswa NUS dari keluarga memerlukan

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



MULAI Ogos ini, mahasiswa warga Singapura sepenuh masa di Universiti Nasional Singapura (NUS) daripada keluarga dengan pendapatan per kapita (PCI) hingga $1,000 akan menikmati yuran tuisyen yang dibiayai penuh.



Ini sedang universiti itu bakal menokok dermasiswa pemerintah sedia ada untuk membiayai penuh yuran pelajar ini.



Selain itu, mahasiswa daripada keluarga dengan PCI tidak melebihi $690 pula akan menerima sokongan kewangan tambahan bagi perbelanjaan harian, tempat tinggal di kampus, dan pendedahan luar negara.



Dalam satu kenyataan semalam, NUS berkata ia merancang memperuntuk dana tambahan sebanyak $15 juta setiap tahun untuk memperkukuh bantuan kewangan bagi golongan mahasiswa ini.



Kededua mahasiswa sepenuh masa sedia ada dan baru yang memenuhi kriteria tersebut akan layak bagi bantuan kewangan dipertingkat itu.



Presiden NUS, Profesor Tan Eng Chye berkata: "Pendidikan ialah pemacu mobiliti sosial, dan NUS telah membantu untuk mengubah kehidupan bergenerasi pelajar sejak penubuhan kami. Ia satu peranan yang kami ambil serius.



"Kami komited menyediakan pengalaman pendidikan yang mengubah kehidupan setiap pelajar NUS, tidak kira latar belakang kewangan mereka."



Tambahnya, sedang pelajar daripada latar belakang pendapatan rendah mungkin sudah menerima bantuan kewangan daripada pelbagai sumber, dana itu mungkin tidak merangkumi semua kos di universiti.



Beberapa pelajar juga mungkin terhalang daripada menyertai program luar negara atau pengalaman duduk di kampus disebabkan keterbatasan kewangan.



Skim Bantuan Kewangan Dipertingkat itu akan menyediakan dana tambahan kepada pelajar Singapura yang memerlukan dengan menyediakan sokongan dalam dua aspek - membiayai penuh yuran tuisyen mereka dan menyara sebahagian daripada perbelanjaan harian mereka; serta membolehkan mereka mendapatkan pengalaman universiti yang lebih menyeluruh termasuk pengalaman tinggal di kampus dan program pendedahan luar negara.



Sekitar 3,300 pelajar mahasiswa Singapura daripada latar belakang pendapatan rendah dijangka meraih manfaat daripada peningkatan bantuan itu.



Universiti itu sedang berusaha mendapatkan sokongan penderma untuk memastikan pembiayaan inisiatif itu akan dapat bertahan.



Beberapa penderma telah mengikrar sokongan mereka, termasuk Yayasan Quantedge, cabang dermawan firma pengurusan dana Quantedge Capital, sebagai penderma utama.



Anggota Lembaga Yayasan Quantedge, Encik Suhaimi Zainul-Abidin berkata mobiliti sosial merupakan satu keutamaan yayasan tersebut.



"Ia penting bagi membangun masyarakat yang dinamik dan bersatu padu, yang memberi anak muda peluang yang adil untuk mencapai potensi penuh mereka dan agar mereka boleh bersikap optimistik bagi masa depan.



"Kami mengongsi kepercayaan NUS bahawa pendidikan merupakan satu penyama rata sosial yang hebat, bahawa setiap pelajar yang layak dari segi merit untuk menghadiri universiti tidak harus melepaskan peluang itu disebabkan situasi kewangan mereka," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >