Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yusnor Ef, Syafiq turut diiktiraf

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



KERJA keras dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah seni menjadi kunci jaya buat tokoh seni dan penulis lirik Encik Mohamed Noor Mohamed Yusofe yang lebih dikenali dengan nama Yusnor Ef.



Semangat tidak mudah berputus asa dengan pegangan 'sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit' pula menjadi sandaran usahawan rangkaian gerai makanan Ashes Burnnit, Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee.



Berkat kesungguhan serta sumbangan pada bidang seni, Encik Yusnor, 85 tahun, yang dikenali sebagai penulis lirik banyak lagu 'hit' dendangan Sanisah Huri, J. Mizan dan Anita Sarawak, diiktiraf dengan Anugerah Jauhari Pencapaian Sepanjang Hayat di Hotel Four Seasons semalam.



Encik Syafiq, 30 tahun, yang memilih untuk menjadi penjaja pada awal kerjaya niaganya dan kini sudah menebar sayap membuka cawangan pertama di luar Singapura, Urban Hawker Food Hall, di Times Square, New York, Amerika Syarikat, pula disampaikan dengan Anugerah Jauhari Harapan atas daya saing dan keberaniannya mencuba sesuatu yang baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >