Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaidy Nandir meninggal dunia

Jul 28, 2018 | 05:48 PM



AKTIVIS seni yang juga penggubah dan penulis lirik lagu popular Cenderawasih, Zaidy Nandir, meninggal dunia petang tadi (28 Julai).



Allahyarham, 45 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya di Pasir Ris sekitar 2.30 petang tadi.



Menurut ibu Allahyarham, Cik Siti Hawa Mahmood, 70 tahun, Allahyarham menghidap penyakit barah paru-paru sejak dua tahun lalu. Namun, barah itu telah merebak ke tulang belakangnya.



Allahyarham juga sebelum ini berkhidmat sebagai guru bahasa Melayu.



Kakaknya, Cik Dzainon Nandir, 46 tahun, berkata kali terakhir beliau mengajar adalah sekitar tiga bulan lalu di Sekolah Rendah Punggol Green sebelum beliau dimasukkan ke hospital.



Menurut seorang rakan Allahyarham yang sudah mengenalinya selama lebih 20 tahun, Encik Djohan A Rahman yang lebih dikenali sebagai Bobo, mereka saling mengenali kerana sama-sama menceburi bidang dikir barat dan perguruan.



“Esok selepas maghrib, saya sepatutnya berjumpa dengannya kerana saya sedang dalam proses mendokumentasikan dikir barat di Singapura.



“Arwah pula sumber rujukan dikir barat yang boleh dipercayai. Pendek kata, siapa tak kenal Zaidy Nandir kalau sebut tentang dikir barat di Singapura?



“Arwah pun memesan saya untuk membawakannya rojak India. Tapi sekarang, tak kesampaian. Allah swt yang lebih mengetahui,” katanya, sebak.



Tambahnya, pemergian Allahyarham bererti masyarakat dikir barat di sini kehilangan seorang penulis seni kata yang besar kemungkinan tiada penggantinya.



Ini kerana Allahyarham mempunyai idea yang kadangkala melampaui hukum akal dan tidak difikir penulis lain, kata Encik Djohan.



“Saya harap segala seni katanya dapat dibukukan agar dapat dijadikan khazanah pada masa akan datang,” ujarnya.



Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada keluarga lima beradik belum berkahwin.



Jenazahnya dijangka dikebumikan esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >