Zainal ingin lebih ramai majikan ikut saranan NWC
Gesaan kepada majikan... naikkan gaji pekerja bergaji rendah Kepada pemerintah... beri insentif pada majikan
Jun 02, 2016 | 05:30 AM
MAJIKAN harus menambah usaha demi menaikkan gaji pekerja berpendapatan rendah mereka mengikut garis panduan terkini yang diumumkan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) kelmarin, kata Anggota Parlimen buruh, Encik Zainal Sapari.
Beliau menarik perhatian bahawa meskipun NWC menyarankan kenaikan gaji sebanyak $60 bagi pekerja bergaji rendah tahun lalu, hanya 42 peratus syarikat swasta yang menawarkan khidmat melibatkan penyumberan luar menuruti garis panduan itu.