PARLIMEN: USUL HORMATI JASA ENCIK LEE

Zainudin mahu tahu bagaimana setiap kaum dapat kongsi hargai jasa Encik Lee

ENCIK Zainudin Nordin (GRC Bishan-Toa Payoh), semalam bertanya kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bagaimana caranya Singapura dapat memastikan inklusiviti dengan setiap kumpulan kaum dan masyarakat dapat berhubungan antara satu sama lain dan berkongsi menghargai dan mengenang jasa sumbangan mendiang Lee Kuan Yew serta semua pemimpin pengasas Singapura.

Menjawab pertanyaan itu di Parlimen semalam, PM Lee berkata ia merupakan satu soalan yang penting dan disebabkan itulah maka pihaknya mengambil masa bagi memikirkan soalan tersebut.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan