Zakat kurangkan beban hutang isteri
Penerima antara lain mendapat sumbangan zakat $255 daripada Darul Arqam Singapura serta habuan makanan
Jun 05, 2017 | 05:30 AM
PENERIMA zakat Darul Arqam Singapura, Cik Peng Hui Mei, 43 tahun, yang menanggung hutang suami terasa bebannya mula berkurangan apabila dibantu persatuan tersebut semalam.
Ekoran dibeban hutang sekeliling pinggang, Cik Peng yang nama Islamnya, Cik Nur Ain Peng Abdullah, dipilih sebagai antara penerima zakat yang diagihkan Darul Arqam Singapura.