Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zam Zam ditutup hingga 18 Feb kerana langgar undang-undang keselamatan Covid-19

Feb 10, 2021 | 04:34 PM



RESTORAN Zam Zam di North Bridge Road ditutup dari 9 Februari hingga 18 Februari kerana melanggar undang-undang kawalan keselamatan yang berkuatkuasa bagi wabak Covid-19.



Ia merupakan antara enam tempat jualan makanan dan minuman di Singapura yang tidak memenuhi ketetapan agensi pemerintah yang menjalankan pemeriksaan rapi menjelang Tahun Baru Cina sepanjang beberapa minggu lalu.



Menurut kenyataan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran pada Rabu (10 Februari), Restoran Zam Zam didapati telah menempatkan tempat duduk kumpulan pelanggan berbeza pada jarak kurang satu meter pada 5 Februari.



Sebelum ini, pada Mei dan Disember lalu, restoran ini telah didenda $1,000 dan $2,000 atas kesalahan yang sama.



Lima restoran lain yang diperintahkan ditutup termasuk Restoran Ah Yat Seafood di Turf Club; Restoran East Treasure Chinese di River Valley; Crystal Jade Jiang Nan di VivoCity; Ding Garden di New Bridge Road dan Restoran Wangzi Music di New Bridge Road.



Kenyataan itu menambah, rangkaian restoran India, Banana Leaf Apolo, juga akan dihadapkan ke mahmakah pada 17 Februari kerana melanggar beberapa langkah pengurusan keselamatan termasuk menyediakan khidmat bufet layan diri di cawangan Little India Arcade. 



Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah mengemukakan Aduan Majistret pada 20 Januari ke atas Banana Leaf Apolo atas berbilang pelanggaran undang-undang di bawah Undang-Undang 2020 Covid-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan).



Seramai 73 individu juga dikenakan denda kerana melanggar undang-undang Covid-19 di taman dan pantai, kata kenyataan itu lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >