Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Zamil A*Star dipilih anggota Akademi Kejuruteraan Nasional AS

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Zamil A*Star dipilih anggota Akademi Kejuruteraan Nasional AS

Feb 12, 2021 | 05:30 AM

ZAMIL kanan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dan ketua NanoBio Lab (NBL), Profesor Jackie Y. Ying, merupakan saintis pertama dipilih sebagai anggota Akademi Kejuruteraan Nasional (NAE) Amerika Syarikat berdasarkan penyelidikannya di Singapura.

Diiktiraf atas sumbangannya dalam bahan berstruktur nano, perubatan nano dan alat diagnostik untuk memperbaiki kesihatan manusia, Profesor Ying merupakan antara 106 anggota baru yang akan disertakan secara rasmi sebagai anggota akademi tersebut pada mesyuarat tahunan NAE 3 Oktober ini.

Beliau salah satu daripada hanya dua anggota baru yang berpangkalan di luar Amerika, menurut kenyataan A*Star semalam.

Dipilih menyertai NAE merupakan antara kepujian profesional tertinggi yang diberikan kepada seorang jurutera.

Profesor Ying berkata ini merupakan suatu penghormatan dan berterima kasih kepada rakan kerja Amerika kerana telah mencalonkan dan memilihnya.

"Ini merupakan satu pengiktirafan bagi penyelidikan berbilang disiplin kami yang dijalankan di NanoBio Lab dan Institut Kejuruteraan Bio dan Teknologi Nano di Singapura dan MIT (Institut Teknologi Massachusetts). Saya bernasib baik dikurniakan pasukan penyelidik, pelajar dan rakan usaha sama yang kreatif dan penuh semangat," katanya.

Beliau meluahkan harapan ingin mendatangkan lebih kesan menerusi komersialisasi teknologi terkini yang mereka telah bangunkan.

Sebagai ahli NAE, Profesor Ying diundang menyertai bengkel Akademi Sains, Kejuruteraan, dan Perubatan Nasional serta laporan mengenai isu kejuruteraan yang menjadi kepentingan bagi dasar Amerika.

Keahlian akademi memberi penghormatan kepada mereka yang telah membuat sumbangan menyerlah kepada pendidikan, amalan atau penyelidikan kejuruteraan, termasuk di mana sesuai, sumbangan besar kepada kepustakaan kejuruteraan.

Ia bagi mereka yang merintis bidang teknologi baru dan berkembang, membuat kemajuan besar dalam bidang tradisional kejuteraan atau membangunkan atau melaksanakan pendekatan inovatif bagi pendidikan kejuruteraan.

Sejauh ini, Profesor Ying telah menerbitkan 370 artikel dengan lebih 30,300 petikan, dan telah memenangi banyak anugerah.

Pengiktirafan terkininya merupakan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Journal of Drug Targeting.

Profesor Ying menyertai Akademi Sains Nasional Jerman pada 2005 sebagai anggota paling mudanya.

Beliau juga dipilih menyertai Persatuan Amerika bagi Kemajuan Sains pada 2015, Akademi Sains Nasional Singapura pada 2016, Akademi Sains Dunia Islam pada 2017, Akademi Pereka Nasional Amerika Syarikat pada 2017 dan Akademi Sains Turkey (TÜBA) pada 2019, dan memenangi Hadiah Akademi (TÜBA) dalam Sains dan Sains Kejuruteraan pada 2018.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3