Zaqy: Bekerjasama dengan sektor industri pertingkat keselamatan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Zaqy: Bekerjasama dengan sektor industri pertingkat keselamatan

Oct 07, 2018 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) sedang bekerjasama dengan pemain industri bagi menguji isyarat masa nyata atau real-time signals tentang operasi tidak selamat bagi mengelak kemalangan di tempat kerja.

Ini dilakukan sedang penggunaan teknologi semakin meningkat dalam memastikan tahap keselamatan lebih baik di tempat kerja, ujar Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Karnival Logistik dan Kren 2018, di Hab Persatuan Dagangan semalam. Menurut Encik Zaqy, meskipun kemalangan berkaitan kren telah merosot tetapi kita tidak boleh berpuas hati.

Dalam hal ini, beliau gembira melihat penggunaan teknologi semakin meningkat.

"Satu contoh ialah penggunaan perakam data yang dipasang dalam kren bergerak.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Data yang dikumpul akan membantu pengendali menghasilkan program penyelenggaraan lebih responsif dan membolehkan perancangan lebih baik bagi memastikan operasi pengangkutan lebih selamat di tempat kerja.

"Generasi perakam data kini sedang diuji dan MOM sedang bekerja sama dengan pemegang saham industri bagi menguji isyarat masa nyata tentang operasi tidak selamat supaya tindakan segera boleh diambil bagi mengelak kemalangan daripada berlaku di tempat kerja," ujar beliau.

Encik Zaqy menjelaskan, walaupun teknologi membolehkan hasil keselamatan lebih baik, namun penting bagi pekerja dan majikan mempunyai pemikiran yang mementingkan keselamatan.

Pemikiran ini tidak terbatas kepada keselamatan di tempat kerja sahaja tetapi juga dalam menangani ancaman luaran seperti serangan penggananasan.

Encik Zaqy juga menyarankan agar seorang wakil SGSecure dilantik bagi menerima perkembangan terkini di tempat kerja dan menyebarkan maklumat kepada tenaga kerja lain.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map